Dari Nabi s.a.w., ia bersabda: Perumpamaan orang yang ingat kepada Tuhannya dan orang yang tidak mau ingat kepada Tuhannya, adalah bagaikan orang hidup dan orang mati."
(Riwayat Bukhari)
Bagaimana caranya supaya kita dapat mendampingi Nabi atau satu tempat dengan Nabi di syurga? Caranya hanya dengan memperbanyak sujud kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Perbanyak kamulah sujud. Sebab, tidaklah seorang muslim yang sujud satu kali kepada Allah melainkan Allah akan mengangkatnya satu darjat di syurga dan menghapuskan satu kesalahan daripadanya.
Berdasarkan hadis itu, satu kali sujud kepada Allah diangkat satu darjat di syurga. Orang yang banyak sujud bererti tinggi darjatnya di syurga. Dengan demikian dapat mencapai darjat yang tinggi di syurga sehingga sama dengan darjat yang diperolehi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Caranya supaya banyak sujud hendaklah banyak mengerjakan solat.
Dari Rabi'ah bin Ka'ab Al-Aslami, beliau berkata: "Saya pernah tidur di rumah Rasulullah s.a.w. Akulah yang membawa air wuduk untuk beliau dan juga membantu kepentingan yang lain. Beliau berkata kepadaku: "Mintalah apa yang kamu mahu."
"Saya jawab: "Saya ingin betul supaya dapat menemani tuan di syurga nanti." Rasulullah berkata: "Ada lagi yang lain?" Saya jawab: "Itu saja yang saya inginkan." Rasulullah menjawab: "Kalau begitu tolonglah aku untuk dirimu untuk memperbanyak sujud kepada Allah."
Inilah di antara kelebihan sujud, iaitu ditinggikan darjat dan juga ikut mendampingi Nabi di syurga kelak. Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang lain. Seperti disebutkan dalam hadis, saat yang paling dekat antara kita dengan Allah ialah ketika sujud. Itulah sebabnya kita disuruh banyak berdoa ketika sujud kerana besar kemungkinan doa kita akan dikabulkan.
Sujud adalah tunduk, kepatuhan dan tanda ketaatan kepada Allah. Sejurus selepas Nabi Adam diciptakan Allah, para malaikat (termasuk Iblis) disuruh sujud kepadanya. Mereka semua sujud, kecuali Iblis yang ingkar dan akhirnya dia dihukumkan sebagai kafir dan dijanjikan akan masuk neraka.
Sekarang ini pun, kalau kita sujud, Iblis merasa iri bercampur sedih. Dia berkata: "Alangkah celakanya aku. Aku disuruh sujud tetapi ingkar, kemudian aku dicap sebagai kafir dan akan dihumbankan ke dalam neraka. Sedangkan Bani Adam disuruh sujud kemudian mereka sujud, maka mereka dimasukkan ke dalam syurga."

No comments:
Post a Comment