Tuesday, July 20, 2010

"ISTIGHFAR KITA MASIH MEMERLUKAN ISTIGHFAR"

SURAH 5 AL MAA-IDAH (HIDANGAN)

16. Dengan kitab (Al Qur'an) itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.


Lapan Tanda Taubat Diterima:

1. Bahawa seseorang sentiasa merasa takut dan hati-hati menggunakan lidah; di mana dia tetap berusaha mengawasi lidah daripada berdusta, mengumpat, perkataan sia-sia dan perkara negatif lainnya. Sentiasa sibukkan lidah dengan zikrullah dan tilawah dan lain-lain.

2. Bahawa seseorang tetap merasa takut dan berwaspada dalam masalah perut atau makanan dan minumannya; di mana dia tidak mahu memasukkan ke dalam perutnya melainkan yang jelas halal walaupun sedikit.

3. Bahawa seseorang sentiasa merasa takut dan teliti dalam masalah mata; di mana dia tidak mahu melihat perkara yang haram dan tidak melihat keduniaan dengan pandangan orang yang tergiur bahkan pandangannya hanyalah pandangan yang ingin mengambil iktibar dan faedah.

4. Bahawa seseorang tetap merasa takut dan berwaspada mengenai masalah tangannya; dia tidak mahu menggunakan tangannya kepada yang diharamkan agama. Dia bahkan hanya menggunakan tangannya untuk perkara-perkara ketaatan.

5. Bahawa seseorang itu tetap merasa takut dan teliti mengenai kaki; dia tidak menggunakan kakinya untuk melakukan maksiat kepada Allah, melainkan untuk perkara-perkara ketaatan kepada Allah.

6. Bahawa hamba sentiasa merasa takut dan berhati-hati dalam mengawasi hati. Dia membuang dan mengikis dari dalam hatinya sikap permusuhan, benci, hasad dan gejala-gejala negatif lainnya. Disemai dan ditanamkan dalam hatinya rasa kasih sayang, suka memberi nasihat, mempunyai keprihatinan dan kepekaan yang tinggi terhadap perihal umat Islam dan lain-lainnya.

7. Bahawa dia sentiasa merasa takut dan waspada mengenai pendengarannya. Dia tidak mahu mendengar sesuatu kecuali yang berhubungan dengan kebenaran dan keredhaan Allah.


8. Bahawa seseorang tetap merasa takut terhadap perbuatan taat atau amal soleh yang dilakukannya. Dia menjadikan ketaatannya hanya semata mata mencari keredhaan Allah. Dia menghindari sifat riak dan nifaq; iaitu kemunafikan.




No comments: