Thursday, February 18, 2010

MUKJIZATNYA AZAN





PESANAN SEMASA MENDENGAR AZAN...


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakkan orang yang nazak hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidah nya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghapirinya." Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.


Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." Yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah...." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin...amin...amin Yarobbal a'lamin...."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.:


Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tanda nya:


1. Jujur dalam bekata-kata

2. Menjauhi segala yang haram

3. Merendahkan diri


Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tanda nya:


1. Merahsiakan ibadahnya

2. Merahsiakan sedekahnya

3. Merahsiakan ujian yang menimpanya


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tanda nya:


1. Mengawasi dirinya

2. Menghisab dirinya

3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid:


tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu

lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk

pertandingan

bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai

yang

berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.





No comments: