Apakah engkau ingin mengetahui cara yang terbaik untuk sampai kepada Allah?
Inilah dalilnya:
Abu Sa'id Al-Khudri r.a. menuturkan bahawa ada seorang Arab Baduwi datang kepada Nabi s.a.w. seraya berkata: "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?" Sabda beliau: "Manusia yang terbaik adalah seseorang yang berjuang dengan dirinya dan hartanya dan seseorang yang berada di salah satu pelosok bumi, dia hanya sibuk menyembah Tuhannya dan menjuahkan manusia dari kejahatan dirinya."
Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Mahukah kamu aku beri tahu manusia yang terbaik? Manusia terbaik adalah seeorang yang sentiasa mengendalikan kudanya untuk berjuang di jalan Allah. Tahukah kamu siapakah selanjutnya? Iaitu orang yang mengasingkan diri di suatu tempat dan dia selalu menunaikan hak-hak Allah. Tahukah kamu siapakah orang yang paling jahat? Iaitu orang yang diminta kepadanya (sesuatu) atas nama Allah, tetapi dia tidak mahu menolong orang yang meminta itu."
Jika engkau tidak dapat melakukan kebajikan apa pun, maka jagalah dirimu dari perbuatan yang buruk kerana perbuatan itu merupakan sedekah bagi dirimu dan bagi orang lain dari dirimu. Jika ada orang yang meminta atas nama Allah, maka berikanlah.
Orang yang meminta atas nama Allah misalnya ada orang peminta sedekah yang berkata: "Berilah saya sedekah, saya minta kepada tuan atas nama Allah." Jika ada orang yang meminta seperti itu hendaklah ditolong.
Dan orang yang meminta sedekah pun tidak boleh sembarangan menggunakan kata-kata seperti itu. Sepatutnya kata-kata seperti itu digunakan kalau sudah terdesak, misalnya sudah gementar kerana terlalu lapar.
Fadholah bin Ubaid r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Tahukah kamu siapa sebenarnya orang yang dikatakan mukmin itu? Orang mukmin adalah orang yang terpelihara harta dan diri orang lain dari kejahatannya. Orang muslim adalah orang yang terpelihara orang lain dari kejahatan lisan dan tangannya. Seorang pejuang adalah orang yang menekan dirinya untuk berbakti kepada Allah. Orang yang berhijrah adalah seorang yang menjauhkan dirinya dari kesalahan dan segala perbuatan dosa.
Jika engkau tidak dapat berbuat kebajikan apa pun untuk orang lain, maka duduklah di rumah, agar engkau tidak sampai menyakiti orang lain sehingga engkau menyesal kerananya.
DIJAMIN MASUK SYURGA
Muaz bin Jabal r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ada lima perkara jika dilakukan salah satunya, maka Allah akan memberinya jaminan. Seseorang yang mengunjungi orang sakit, seseorang yang berjuang di jalan Allah, seseorang yang mendatangi pemimpinnya untuk menasihati dan membimbingnya dan seorang yang duduk di rumahnya, agar orang lain tidak terganggu olehnya dan dia pun tidak terganggu oleh orang lain.
Berdasarkan hadis-hadis di atas, duduk di rumah sahaja pun sangat besar pahalanya. Nilai atau pahalanya sama dengan mengunjungi orang sakit, keluar menuju perang sabilillah dan menasihati pemimpin. Namun pahala seperti itu tercapai kalau di rumah dia melaksanakan kewajipannya kepada Allah dan berdiam di rumah itu dia niatkan supaya tidak menyakiti atau menyusahkan orang lain. Apalagi kalau kita sedari bahawa kita adalah orang yang susah mengawal mulut dan agak nakal, lebih baiklah kita duduk di rumah supaya tidak mengganggu orang lain.
No comments:
Post a Comment