Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua pasang mata yang tidak akan disentuh oleh neraka selama-lamanya:
Mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang tidak tidur kerana berjaga di jalan Allah"
Mata yang tidak disentuh neraka adalah mata yang menangis kerana takut kepada Allah. Mata yang menangis adalah pertanda orang yang punya mata sudah mendapat hidayah dari Allah. Hatinya lembut dan penuh dengan keinsafan. Walaupun dia orang yang mengerjakan perintah dan menjauhi larangan Allah, tetapi dia merasa takut ada dosanya yang menyebabkan Allah murka kepadanya. Sebab itu dia sangat takut kepada Allah dan takut kepada siksa-Nya, sama ada di alam kubur atau di akhirat kelak.
Bahkan tangisan itu terkadang timbul bukan kerana takut, tetapi kerana perasaan syukur atau kerana rindu kepada Allah. Rasulullah s.aw. apabila solat malam selalu menangis sehingga basah sajadahnya. Padahal beliau sendiri tahu bahawa dosanya tidak ada dan kalau ada kesilapannya telah dimaafkan Allah. Tangisan seperti ini menandakan terbuka mata hati dan dekatnya kepada Allah. Dan tangisan seperti ini adalah tangisan yang membawa kepuasan hati.
LIDAH ADALAH BENDA YANG KECIL BENTUKNYA TETAPI BESAR BAHAYANYA.
No comments:
Post a Comment