Sunday, May 23, 2010

SYURGA PUN IKUT BERDOA


Setelah kita mengerjakan segala yang diperintahkan Allah dan menjauhi yang dilarang Nya, hendaklah kita banyak berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga, ia pun (syurga itu) sebenarnya ikut berdoa menguatkan doa kita itu.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila sesaorang muslim meminta kepada Allah supaya masuk syurga, tiga kali, maka syurga berkata: "Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga."
Apabila dia minta supaya dijauhkan daripada neraka, tiga kali, maka neraka pun berkata: "Ya Allah, jauhkan dia daripadaku."
Bererti kalau kita memohon kepada Allah supaya dimasukkan ke dalam syurga, mungkin Allah kabulkan permintaan kita. Namun harus diingat bahawa syurga itu pun sebenarnya ikut berdoa. Syurga juga menginginkan supaya kita ikut menjadi penghuninya.
Begitu juga neraka, kalau kita berdoa supaya dijauhkan daripadanya, ia juga ikut berdoa supaya kita dijauhkan. Neraka itu sendiri menginginkan supaya kita terselamat dan dijauhkan daripadanya. Oleh itu kita perlu banyak berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga. Di samping itu kita berdoa supaya dijauhkan daripada neraka.
Ketika membaca zikir selepas solat ada orang yang membaca:
"Ya Allah, jauhkanlah kami daripada neraka."
Ini biasanya dibaca tiga kali. Ini memang elok dibaca tetapi mengapa orang tidak membaca yang satu lagi, iaitu mohon dimasukkan ke dalam syurga seperti disebutkan dalam hadis?
Kalau begitu elok jugalah dibaca tiga kali
"Ya Allah, masukkan kami ke dalam syurga."

No comments: