Sunday, May 23, 2010

MENYAMPAIKAN AMANAT



HAI ORANG ORANG YANG BERIMAN, MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN SABAR DAN SOLAT, SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTA ORANG ORANG YANG SABAR.
Surah Al Baqarah - Ayat 153



DIJAMIN MASUK SYURGA

Ali bin Abi Talib r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Jaminlah bagiku dari diri kamu enam perkara, pasti aku akan menjamin untuk kamu syurga, iaitu: Berkatalah yang jujur jika kamu bercakap, penuhilah janji jika kamu berjanji, dan sampaikanlah amanat jika kamu diberi amanat.
Demikianlah beratnya menjaga amanat atau meyampaikannya kepada yang berhak menerimanya. Langit dan bumi pun enggan memikul amanat kerana merasa tidak sanggup. Akhirnya amanat itu dipikulkan kepada manusia tetapi manusia pun merasa amat berat melaksanakannya.
Mungkin kerana beratnya memegang amanat, maka besar pula ganjaran yang disediakan. Seperti kita lihat dalam hadis di atas, orang yang sanggup memegang amanat dijanjikan dengan balasan syurga. Seperti disebutkan dalam hadis, ada lima golongan yang dijanjikan akan masuk syurga, iaitu:
1. Orang yang menjaga solat yang lima waktu dengan sempurna.
2. Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan.
3. Orang yang mengerjakan haji jika dia sanggup.
4. Orang yang membayar zakat dengan senang hati dan ikhlas.
5. Orang yang menunaikan amanat.
Walaupun berat menunaikan amanat, sebenarnya kita sanggup melaksanakannya jika kita bersungguh-sungguh. Kalau kita disuruh menyimpan rahsia, hendaklah kita simpan dengan baik. Begitu juga kalau kita disuruh menjaga sesuatu, disuruh melaksanakan sesuatu, hendaklah kita jaga dan kita laksanakan dengan baik. Kalau disuruh menyampaikan sesuatu kepada orang tertentu, hendaklah kita sampaikan, begitulah seterusnya.

No comments: