Wednesday, May 26, 2010

ROH ORANG HIDUP BOLEH BERTEMU DENGAN ROH ORANG MATI


Roh-roh orang hidup dengan roh-roh orang mati, bahwa si-hidup itu kerap melihat orang yang sudah mati di dalam tidurnya, lalu dia meminta pemberitahuan daripadanya, maka dia telah diberitahu oleh mayit itu dengan berbagai-bagai berita yang tiada diketahui oleh orang hidup. Pemberitahuan itu adakalanya mengenai hal-hal yang telah berlaku, ataupun yang bakal berlaku pada masa hadapan. Adakalanya dia akan memberitahu tentang harta yang ditanamnya di sesuatu tempat, yang tiada orang mengetahuinya melainkan si mayit itu sendiri. Adakalanya dia akan memberitahu tentang hutang yang tergantung atas dirinya, kemudian, dia akan memberikan tanda-tandanya dan bukti-buktinya.
Lebih dari itu, adakalanya dia akan memberitahu tentang sesuatu perbuatan yang dibuatnya, yang tiada seorang pun di dunia ini mengetahuinya. Yang lebih pelik lagi adakalanya dia akan memberitahu orang yang mimpikannya itu, bahawa orang itu akan mati pada waktu begini dan begitu, maka hal itu berlaku sama seperti yang diberitahukan itu. Adakalanya dia akan memberitahu tentang beberapa perkara, yang tiada seorang pun dari yang hidup mengetahuinya selain dari dirinya sendiri.

No comments: