“Suatu realiti yang rasanya dialami oleh kebanyakan orang pada masa kini, ialah betapa longgarnya hubungan kerabat atau saudara mara, di peringkat adik beradik, saudara sepupu yang sama satu datuk atau satu nenek, atau saudara dua pupu, dan begitulah seterusnya yang agak jauh dari itu.
Keadaan ini berlaku ialah disebabkan desakan atau tuntutan hidup yang menghendaki kita terpaksa berhijrah ke tempat jauh dan berlainan tempat tinggal.”

Kahwin Mahram
Kerana longgarnya hubungan kekerabatan itu, sehingga pernah terjadi perkahwinan di antara sesama muhrim, kerana nasab atau kerana sesuan, dan apabila diketahui kedudukan sedemikian, maka pasangan itu terpaksa difarakkan (dipisahkan), pada hal mereka telah mempunyai anak. Betapa pedih dan derita yang dialami oleh mereka yang terbabit.
Di sinilah maka betapa unggulnya ajaran agama Islam apabila salah atau dari tuntutan Islam yang penting ialah supaya setiap individu menjaga salasilah kekeluargaan, dari datuk yang pertama hingga ke generasi-generasi ke bawah.
Junjungan Nabi s.a.w. sendiri telah dapat mengesan nasab keturunan baginda hingga
ke peringkat yang paling awal, mengikut para sejarah yang disepakati hingga ke nindanya bernama Adnan.
Remaja kini, jika mereka tidak kenal nama datuk atau nenek mereka dengan tepat, samada dari sebelah ibu mahupun sebelah bapa, adalah suatu perkara yang lumrah belaku.
Tidak kenal bapa bapa saudara atau ibu ibu saudara mereka, bahkan tidak kenal sepupu sepupu mereka iaitu anak anak bagi adik beradik ibu atau bapanya. Alangkah malangnya jika berlaku perkelahian yang serius hingga dibawa ke muka pengadilan, kemudian ternyata itu saudara kita, apabila bapa dengan bapa bertemu.

Jalin Silaturrahim
Dalam arus kemajuan yang pesat ini, kita jangan lupa mengambil berat untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Adalah kurang bermakna, kiranya kita boleh mengadakan rumah terbuka untuk bermesra dengan kawan-kawan sepejabat/satu tempat kerja, tetapi anak-anak kita tidak kita kenalkan dengan adik-beradik kita, yang menjadi bapa atau ibu saudara kepada anak anak kita.
Nabi s.a.w. mengingatkan tentang betapa pentingnya hubungan silaturrahim, sabdanya bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah ia menghubungi kerabatnya. (Riwayat Bukhari).

Menghubungi kaum kerabat untuk silaturrahim dan beramah mesra dengan mereka, akan membuahkan kegembiraan dan kedamaian jiwa, maka jiwa yang damai dan tenteram inilah yang menjadi faktor penting untuk kesihatan tubuh badan dan jiwa kita, menyebabkan kita panjang umur, lebih lebih jika kita tergolong orang yang senang, kita bantu kerabat kita yang susah, mereka tentu akan mendo’akan kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, dan do’a yang dituturkan penuh keikhlasan itu tentu mudah dimakbulkan Allah.
Walaupun kita jauh dari sanak saudara, tetapi jangan sampai tidak tahu di mana mereka berada. Berusahalah untuk mengesan alamatnya, nombor telefonnya, dan berusahalah pada masa masa lapang untuk menziarahi mereka, jika keadaan tidak mengizinkan sekurang kurangnya kita mengadakan hubungan dengan menulis surat, atau menerusi telefon.
Tubuh Kesatuan

Alangkah baiknya jika ada langkah langkah positif ke arah menubuhkan kesatuan keluarga, dengan tujuan memelihara hubungan silaturrahim, bahkan boleh diperluaskan aktivitinya untuk tujuan membangun ekonomi, pelajaran, dakwah, kebajikan dan sebagainya, yang mana ini sangat digalakkan dalam Islam. Firman Allah maksudnya: “Bertolong tolongan kamu pada perkara kebajikan dan taqwa, dan jangan bertolong tolongan atas dasar dosa dan permusuhan”. (Surah al-Maidah: 3)
No comments:
Post a Comment