Saturday, January 10, 2009

HJ MOHAMAD YUSOF HJ ABDUL SAMAD

Dato Hj Mohamad Yusof with his 3 generation family on his 90th birthday. Picture taken some 60 metres in the compound of the house opposite on a bright sunny day in 1972


(BAHASA MELAYU)


Bapa Datuk Yusof, Haji Abdul Samad tiba di Singapura sekitar tahun 1800. Beliau datang dari Jawa Tengah, Banyu Emas (banyu beerti air dalam bahasa Jawa). Moyang saya adalah dari keluarga baik-baik (keluarga bangsawan). Mengikut ceritanya keturunannya yang lelaki *dilarang berniaga nasi dan sirih pinang.


Bagaimana cerita ini timbul? Ditukil daripada sumber yang lain dimana penulis menemuinya, boleh jadi ada perhubungan yang rapat antara moyang sebelah ibu dan moyang sebelah bapa.


Ceritanya begini: Pada suatu hari yang cerah, salah seorang nenek moyang kita menunggang kuda pergi ke sebuah kampong. Tiba-tiba hujan turun lebat dan beliau basah kuyup. Beliau tumpang berteduh di sebuah warong nasi. Tuan punya warong nasi itu membiarkan moyang kita tanpa memberi sedikit bantuan walaupun moyang kita dalam keadaan basah kuyup dan kesejukan. Kemudian datang pula seorang saudagar muda dengan kereta lembunya (pedatinya) yang penuh dengan tebu dan rumput. Melihatkan keadaan moyang kita yang dalam kesugulan itu, pemuda itu memberi singlet yang dipakai nya kepada moyang kita untuk menghangatkan badan. Dia juga memberi tebu untuk menghilangkan dahaga dan saudagar itu juga memberikan secekak rumput untuk memberi makan kepada kuda moyang kita. Moyang kita sangat berbesar hati, lalu beliau menjadikan pemuda itu sebagai anaknya. Seterusnya moyang kita melarang keturunannya yang lelaki menjual nasi dan sirih pinang.


Datuk Yusof dilahirkan di Singapura di Telok Blangah. Beliau ada seorang kakak bernama Hajah Habsah. Tok Yusof berkahwin dengan Nenek Rujiah Binte Ahmad yang lahir di Kampung Kaji. Sekarang tempat ini dikenali dengan nama Arab Street. Nenek Rujiah adalah anak yatim pada usia semuda 6 tahun. Dia dibesarkan oleh datuknya Haji Abdul Majid iaitu seorang saudagar intan berlian. Haji Abdul Majid adalah seorang "bangsawan". Panggung wayang "Diamond" di North Bridge Road adalah milik beliau. Pada akhir tahun 60an dan awal 70an bangunan pangggung wayang itu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan yang akan di bangunkan di sana. Datuk Yusof dan Nenek Rujiah mempunyai 8 orang anak, 3 lelaki dan 5 perempuan.

Datuk Yusof bekerja sebagai Jurutera (Engineer) dengan Kompeni British di Pulau Bukom. Pada masa itu beliau menerima gaji $175 sebulan. Itu adalah pendapatan yang lumayan ketika itu. Beliau diberi rumah di pulau tersebut. Beliau pulang seminggu sekali untuk bertemu keluarganya di Lorong Ungku Aman. Sekitar tahun 50an beliau dan nenek membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah rumah yang beralamat 20 Jalan Ismail. Mereka berdua di jaga oleh anak perempuan mereka yang bernama Neng Rafeah dan keluarganya, di rumahnya di Jalan Ismail. Nenek Rujiah meninggal dunia ketika berusia 66 tahun pada akhir tahun 50an.

Dari sudut pandangan salah seorang cucu beliau, Datuk Yusof tinggi orangnya. Dalam usianya yang telah 60an tahun, beliau masih lagi kelihatan tegap dan kacak. Kedudukan kewangannya mantap tetapi beliau mahu menjalani hidup yang sederhana, merendah diri bersama keluarganya. Ini untuk menjadi contoh kepada generasi akan datang yang mereka harus boleh hidup dengan seadanya. Datuk Yusof menyambut hari ulang tahunnya yang ke 90 bersama keluargannya yang besar dalam awal tahun 70an dan beliau meninggal dunia pada awal 80an ketika berusia 96 tahun.


*Larangan ini telah tidak diamalkan lagi. Pada abad yang ke 20 dan 21 ini, menjual nasi seperti Nasi Beryani dan Nasi Pandang adalah satu mata pencarian yang boleh menjadikan hidup kita mewah kepada sebahagian dari pada kami.


(ENGLISH)

Dato Yusof's father, Haji Abdul Samad arrived in Singapore in circa late 1800s. He came from Central Java, Banyu Emas (banyu means air (water) in Javanese. Greatgrandpa came from a noble family, bound by a folk-lore that all the males were *forbidden to trade in rice and betel nuts.

How did this folk-lore come about? Culled, from another source whom the writer reckoned and discovered, there might be a probability of a strong relationship between both maternal and paternal grandparents.

The story: One fine afternoon, one of our forefathers was riding on his horse to a village when suddenly, there was a heavy downpour and he was soaking wet. He took shelter at a warong. The warong (food stall) owner totally ignored him, not offering help whatsoever. Then came a young saudagar (merchant) with his cart loaded with sugarcane and grass. On seeing our dejected forefather, he offered his inner shirt (singlet) to keep his body warm and sugarcane to quench his thirst. He also offered grass for his horse. Our forefather was so ever grateful that he took him like a son and forbade his future male generation to trade in rice and betel nuts.

Dato Yusof was born in Singapore at Telok Blangah and had one sister named Hajah Habsah. Tok Yusof married Nenek Rujiah Binte Ahmad who was born at Kampong Kaji, now known in the vicinity of Arab Street. Nenek Rujiah was orphaned at a tender age of 6 and was brought up by her grandfather Haji Abdul Majid, a diamond merchant. Haji Abdul Majid was a "Bangsawan" (prosperous person). The Diamond Cinema at North Bridge Road belonged to him. In the late 60s or early 70s it was brought down to give way to new developments. Both Nenek and Dato had 8 children, 3 sons and 5 daughters.

Tok Yusof worked as an Engineer in a British Company in Pulau Bukom. In those days he earned a salary of $175 p.m. which was considered very highly paid. He was provided a house on the island. He returned weekly to his family at Lorong Ungku Aman. Sometime in the 1950s, he and Grandma bought a piece of land and built a house, address: 20 Jalan Ismail. Both Grandma and Grandpa were taken care of by their daughter Neng Rafeah and family. Nenek Rujiah passed away at the age of 66 in the late 1950s.

Through the eyes of a grandchild Tok Yusof was tall, well built and goodlooking in his 60s. He was financially well off, but wanted to lead a simple, humble life with his family: a living example that his future generation "have to eat humble pies". Dato Yusof celebrated his 90th birthday with his extended family in the 1970s and he passed away in the early 1980s at the age of 96.


*This taboo was broken, as in the 20/21 century, selling rice like Nasi Bryani, and Nasi Padang is bread and butter to some of us.

1 comment:

Diana said...

Missed the times when I was still a small kid and arwah Dato Haji Mohamad Yusof was still around.

When we (myself, my bro hidayat, adil and juli) peeped into his room, during those times he's already bed ridden and he will jokingly pulled our legs with his 'tongkat'. And we will always see arwah nenek (Neng Rafeah) feeds him papaya scooped out with a spoon and drinking his favourite hot milk jenama 'Everyday' using a straw.

Although at his old age, he's a very good looking man and very macho.

Semoga Allah swt mencucuri rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-Fateha....