Wednesday, December 7, 2011

SUMBER DAN KHASIAT MADU LEBAH

Madu lebah ialah nectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga atau pollen menjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva. Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Di persidangan yang sama, doktor-doktor dari Poland memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit bawasir, penyakit kulit dan sakit paun.




No comments: