Friday, May 4, 2012

BARAT MENGAGUMI AKHLAK NABI



Montgomery Watt di dalam Mohammad of Mecca  berkata, "Pada pendapat saya, pekerti Muhammad yang mulia dan kebenaran yang diajarnya adalah sebab utama beliau mendapat sokongan dan kesetiaan Abu Bakar dan Omar serta kekuatan dan kebenarian Khalid bin Walid dan Amru bin As."  

Stanley Lane Poole di dalam The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad berkata, "Terhimpun pada diri (Muhammad) sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya.  Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya.  Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya semasa bersalaman.  Beliau mengasihi kanak kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka.  Persahabatannya  yang tulus, sikap pemurah, berani dan cekal yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman."  

Thomas Carlyle pula di dalam bukunya On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History berkata, "(Muhammad) amat beradab, berbeza dari lelaki lain ketika itu.  Jika tidaklah kerana sifat-sifat ini tidak mungkin orang-orang Arab yang ganas itu akan menghormati dan menyanjungnya." 

Akhlak Nabi Muhammad memang tidak ada tolok bandingannya.  Akhlak yang mulia ini berjaya memikat hati-hati manusia termasuk hati-hati musuh sehingga mereka akhirnya menjadi pengikut nabi yang setia.  Tidakkah ini menunjukkan akhlak mulia adalah kekuatan penting yang mejamin kecermerlangan hidup?




No comments: