Apabila anda berpagi-pagi maka janganlah menunggu hari petang. Hari inilah yang akan anda tempuhi, bukan hari kelmarin yang sudah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukannya dan juga bukan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang ketika ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda inilah hari anda.
Bukan mustahil hidup anda tinggal sehari sahaja lagi - hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seolah-olah anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan koyak rabak di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan suka-duka serta pedih luka parut masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh keraguan dan sering menakutkan.
Justeru itu, sudah sepatutnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja kuat anda pada waktu ini untuk hari ini. Dan pada hari inilah, anda perlu berazam mempersembahkan kualiti sembahyang yang paling khusyuk, bacaan Al-Quran yang paling tartil, dan penuh renungan, berzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dan keredaan dengan semua yang Allah berikan, perhatiaan terhadap keadaan sekeliling, mengambil berat terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta berbuat baik terhadap sesama manusia.
Jadi sudah sepatutnya anda pada hari ini lebih bijak dan pandai membahagi-bahagi waktu anda dengan bijaksana. Jadikanlah setiap minitnya bagai ribuan tahun dan setiap saatnya bagai ratusan bulan; tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari ini dan persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuknya. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah sentiasa kepada -Nya, bersiap-siaplah untuk satu perjalanan jauh menuju akhirat dan nikmatilah hari ini dengan segala keriangan dan kebahagian. Terimalah rezeki, isteri, suami, anak-anak, tugas-tugas, rumah, ilmu dan jawatan anda hari ini dengan penuh keredaan.
"Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." (Surah Al-A'raf:144)

No comments:
Post a Comment