GOLONGAN As-Habul A'araf apabila diproses semula kedudukannya, akhirnya mereka akan dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam syurga. Mereka digelar oleh ahli-ahli syurga sebagai "ahli syurga yang miskin". HOW ENLIGHTENING!
Dalam kitab Kasyful Ulumil Akhirah itu juga diceritakan kisah seorang daripada kalangan As-Habul A'araf yang sama berat timbangan amal kebajikan dan kejahatannya, tetapi dalam penimbang di sebelah kejahatan itu terdapat satu lembar kertas catatan malaikat yang tertulis perkataan "ah". Perkataan itu dicatat oleh malaikat ketika orang itu membantah ibu bapanya.
Justeru jangan memandang kecil terhadap sepatah kata "ah" kepada ibu bapa kerana keredaan Allah SWT bergantung pada keredaan ibu bapa. Jika ibu bapa tidak reda, maka Allah Taala lebih-lebih lagi tidak reda.
Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat supaya mengheret orang itu dan mencampakkannya ke dalam neraka. Sebaik sahaja dia hendak dilontar ke dalam nereka, dia merintih merayu kepada malaikat supaya dihantar semula berjumpa dengan Tuhan. Allah Taala memperkenankan permintaan orang itu.
Ketika dia berhadapan semula dengan Tuhan, Allah SWT pun bertanya: "Wahai manusia yang derhaka kepada ibu bapa, apakah tujuan mu hendak berjumpa dengan Aku semula?" Jawab orang itu: "Wahai Tuhanku, ketika aku diheret masuk ke dalam neraka, aku terlihat ibu bapaku juga sedang diheret ke dalam neraka. Oleh itu aku bermohon kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang supaya engkau gandakan siksaan itu kepadaku sesuai dengan dosa ku sebagai anak yang derhaka, tetapi aku memohon Kasihan Belas-Mu supaya bebaskanlah ibu bapaku daripada azab api neraka."
Tuhan berkata kepada anak derhaka itu: "Di dunia, kamu berbuat derhaka kepada ibu bapa tetapi di Akhirat ini kamu berbuat baik terhadap kedua-duanya. Jika begitu, Aku izinkan engkau memimpin tangan kedua-dua ibu bapamu masuk ke dalam syurga atas kebaikan engkau terhadap ibu bapamu di Akhirat ini, sedangkan Aku Maha Berbuat Baik kepada hamba-Ku."
Cerita-cerita seperti itu adalah perkara khusus yang dilakukan oleh Allah SWT terhadap orang tertentu daripada kalangan hamba-Nya yang terpilih di Akhirat atas sebab-sebab tertentu. Adapun peraturan dan syariat Allah di dunia adalah jelas dan tegas. Perintah wajib mesti dilaksanakan dan setiap larangan Allah SWT adalah dosa yang mesti dihindari.
Manusia mesti berpegang dengan janji Allah SWT bahawa azab Akhirat itu disebabkan dosa dan kekufuran seseorang terhadap Tuhan, begitu pula syurga itu adalah balasan terhadap orang-orang Mukmin yang patuh dan taat kepada-Nya.
No comments:
Post a Comment