Madah:
Kenikmatan hidup ialah kesihatan dan masa muda
Tanpa keduanya tiadalah manusia akan bahagia

Si tua mencis bukanlah benci hidup lagi
Tapi yang dikesalkan kelemahan kini menimpa diri

Umur empat puluh itu ialah umur yang disebutkan Allah Ta'ala di dalam firmanNya:
"Bukankah Kami telah memberikan kamu umur yang cukup, dimana setiap orang yang mahu mengingat sudah dapat mengambil peringatan, dan sudah pula tiba kepada kamu orang yang memberi peringatan." (Fathir: 37)
Diriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ketika merasakan bahawa umur umatnya terlalu pendek antara umat-umat sebelumnya, baginda pun memohon dan bertadharru' kepada Allah Ta'ala mengadukan kependekan umur umatnya, sehingga tiada terluang masa untuk mereka memperbanyak ketaatan kepada Allah Ta'ala serta mengusahakan amalan untuk akhiratnya. Dengan demikian akan berkuranganlah nasib mereka untuk mendapatkan pahala yang banyak dari Tuhan, atau untuk mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah azzawajalla. Maka Allah s..w.t. pun menganugerahkan kepada umat Muhammad itu malam Lailatul-qadar yang merupakan lebih utama dari seribu bulan, agar kelebihan itu menjadi pengganti kepada umur mereka yang pendek, dan menambah pula pahala dan kebajikan mereka, sehingga apabila seseorang mereka bangun malam dan mengerjakan ibadat kepada Allah Ta'ala pada malam Lailatul-qadar itu, samalah seolah-olahnya ia bangun beramal untuk seribu bulan, iaitu menyamai masa delapan pula tiga tahun empat bulan. Jadi, jika ada orang yang bangun beribadat pada malam Lailatul-qadar selama dua belas tahun, umpamanya, maka samalah ia seperti orang yang membuat ketaatan kepada Allah Ta'ala selama lebih seribu tahun.

No comments:
Post a Comment