Saturday, January 14, 2012

HANG TUAH, HANG JEBAT VS ABU BAKAR, UMAR, USMAN DAN ALI...

CONTRIBUTED ARTICLE

......Disebabkan adanya halangan dan tentangan, Islam menganjurkan umatnya supaya berjihad. Islam ajar umatnya berjihad kalau setiap pekerjaan ini boleh dilaksanakan tanpa halangan dan mudah.

Firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu beruntung."

Surah Ali Imran ayat 200

Kalau Islam semudah itu, apakah tujuan Allah SWT mengajar hamba-hamba-Nya supaya berjihad? Apakah tujuan Allah SWT mengajar hamba-Nya melawan nafsu?

Apa yang pasti, memartabatkan Islam bukanlah perkara yang mudah, malah digalangi dengan seribu satu kesusahan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka."

Surah at-Taubah ayat 42

Oleh itu, melalui ajaran-ajaran begini, kita dapat fahami bahawa Islam bukan ajaran remeh. Dalam keadaan jerih-payah, kita perlu berhempas-pulas sehingga terpaksa mengorbankan harta benda dan nyawa, kita harus bersabar ketika sedang melaksanakan kerja-kerja Allah SWT.

Orang Melayu zaman dahulu taat melulu kepada sultan, dan sesiapa yang berani mencabar perintah sultan walaupun ia berunsurkan kezaliman akan terima padahnya. Timbullah cerita Hang Tuah yang begitu taat setia kepada rajanya, sedangkan Hang Jebat pula kitakan menderhaka. Hari ini, tukarkan pola pemikiran kita seratus peratus daripada Hang Jebat dan Hang Tuah*, kepada Saidina Abu Bakar ra, Umar ra, Usman ra, dan Ali ra. Barulah kita layak digelar Muslim dan bukan sekadar Melayu yang mudah lupa.

*Ideologi Hang Jebat dan Hang Tuah berbeza dengan pemikiran Abu Bakar dan Umar. Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada raja kerana tidak bersetuju dengan arahan raja membunuh Hang Tuah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Saidina Abu Bakar ra dan Umar ra hanya mencari keredaan Allah SWT semata-mata, bahkan Saidina Abu Bakar ra, meminta kaum Muslimin mebetulkannya jika tindakannya menyalahi perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW setelah diangkat menjadi khalifah umat Islam yang pertama.




No comments: