Ramalan tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah sering kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan-ramalan ini nanum ternyata dunia tetap hidup dengan pelbagai akitivitinya.
Pada tahun 2009 dan 2010, ramalan perihal kiamat kedengaran lagi dan kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Maya, Mexico. Berpandukan kalendar kaum Maya, kiamat diramalkan akan berlaku pada 21 Disember 2012 dan sebuah filem mengenainya bertajuk 2012 diterbitkan di bawah arahan Roland Emmerich.
Disebabkan isu 2012 ini dikaitkan dengan fenomena alam, iaitu pada tarikh itu akan berlaku jajaran galaksi di mana sistem solar kita - matahari, bumi, bulan bersama planet-planet lain, akan berada pada garisan 'Galaktic Beam', sejajar dengan titik pusat galaksi, maka NASA terpaksa mengeluarkan kenyataannya. Para sudut sains astronomi, pakar-pakar mengesahkan penjajaran sistem solar yang dikatakan berlaku setiap 5,125 tahun, tidak akan berlaku pada tahun 2012.
Demikian juga dengan dakwaan Planet Nibiru atau Planet X akan melanggar bumi pada tahun 2012. Ini juga pembohongan dan tidak akan berlaku. Malah planet itu sebenarnya tidak wujud. Kisah planet ini dikaitkan dengan kisah-kisah dongeng kaum Sumeria pada zaman dahulu. Pada asalnya, ramalan yang mengatakan planet ini akan melanggar bumi pada bulan Mei 2003, dan selepas ia tidak menjadi kenyataan, diubah tarikhnya kepada Disember 2012.
Dalam Islam, kalendar kaum Maya dan pentafsiran atau persepsi manusia mengenainya bukannya kalam Tuhan, bukannya wahyu dan bukannya dalil bagi diimani. Demikian juga dengan filem 2012 ia bukan rujukan untuk kita. Apa yang jelas, pengarah filem 2012 mengaut keuntungan melebihi $769 juta dolar Amerika, mengikut en.wikipedia. org/wiki/2012_(film)

Dalam surah al-A'raf ayat 187, Allah berkata, "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hari kiamat, 'Bilakah masa datangnya?' Katakan, 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanya ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia."
**** Sila lihat "TRAGEDI AKHIRAT" di www.banyuemas2qss.blogspot.com

No comments:
Post a Comment