Sunday, July 10, 2011

FAEDAH TIDUR

Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik. Di dalam sebuah hadis, diceritakan mengenai Abu Darda yang tidak mahu tidur malam, kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan. Menurut Bukhari, sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata, "Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini, beliau berkata, "Benarlah Salman."

Islam menganggap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu. Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas Nabi Muhammad berkata, "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur."




No comments: