TANGISAN lazimnya berlaku mengiringi kesedihan, kepiluan dan penderitaan akibat daripada pelbagai tragedi yang memilukan dan menyayat hati. Tangisan merupakan pengalaman yang pasti dilalui oleh manusia, setikak-tidaknya ketika alam bayi dan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kaum wanita. Duka dan gembira mereka sentiasa diiringi tangisan hingga mereka digelar makhluk air mata.
Tidak semua air mata yang tumpah mempunyai nilai di sisi Allah SWT kerana selain air mata duka, ada juga yang digelar air mata buaya. Malah ada juga air mata dipaksa mengalir untuk mendapat wang. Dia menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana dunia lakonan yang palsu menghendaki mereka berbuat begitu.

Para penumpah air mata daripada golongan ini bukan sahaja tidak berharga di sisi Tuhan, malah boleh mendatangkan petaka di Akhirat. Mereka menggunakan air mata untuk tujuan berdusta, contohnya; air mata buaya adalah suatu tindakan untuk menarik simpati golongan tertentu supaya menyokong tindakan mereka yang negatif. Air mata golongan seniman juga adalah air mata palsu untuk tujuan wang dan glamor.
Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah air mata yang mengalir kerana mencari keredaan Allah SWT. Air mata yang menitis pada malam hari ketika manusia sedang lena tidur. Inilah golongan yang memikirkan dirinya sebagai hamba Allah Taala yang berasa serba kurang dari segi ketaatannya kepada Allah SWT, berbanding dengan nikmat kurniaan yang diterimanya, selain berasa dosanya tidak terbilang, ibarat pasir di pantai. Hari demi hari kian bertambah dosa ini hingga tidak tertanggung, sedangkan umurnya kian berkurangan.

Hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri, berasa kesuntukan masa untuk melakukan ketaatan terhadap Allah SWT. Malam baginya bukan untuk beristirehat sebagaimana orang lain, sebaliknya itulah ketika yang paling syahdu untuk beristighfar memohon keampunan dan bertaubat terhadap Allah SWT. Air mata terus mengalir kerana takut akan murka Tuhan, di dalam hatinya dipenuhi pertanyaan; adakah dirinya layak memasuki syurga Allah? Sedangkan dia amat sedar akan ketidakupayaannya untuk menghuni neraka yang dahsyat itu.
Justeru, air matanya terus mengalir pada malam yang hening mengenangkan keadaan dirinya. Dalam situasi yang serba lemah itu, dia menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Dengan linangan air mata, dia berharap agar dosanya diampunkan, dia tidak berasa kecewa dan putus asa daripada rahmat Allah SWT kerana Allah Taala Maha Penerima taubat hamba Nya.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa di Akhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah Taala ialah mereka yang menangis kerana Nya. Tuhan berseru: "Di manakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Tuhan memerintahkan para malaikatnya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis pada siang hari lebih-lebih lagi pada malam hari kerana mengenangkan dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takut akan kemurkaan Tuhan, maka akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah SWT. Air mata itu juga akan timbang bersama-sama dengan dakwat para ulamak yang menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelas hukum-hakam dan syariat AllahTaala supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.

Begitu tinggi nilai air mata taubat itu, sama nilainya dengn darah syuhada yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredaan-Nya. Air mata taubat itu juga sama nilainya dengan dakwat pena para ulamak yang menghabiskan usianya untuk mengarang kitab-kitab yang menjadi pelita kepada umat, menerangi jalan hidup manusia untuk berbakti kepada Allah SWT.
Air mata bukan sahaja mengalir kerana takut akan azab Allah Taala, tetapi juga kerana tamak, tetapi bukan tamak akan harta, sebaliknya tamak untuk melakukan kebaikan. Tidak padan dengan kebaikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya jika dibandingkan dengan ketaatan yang dilakukannya terhadap Allah Taala selama ini.
Bukan saja kepapaan dan penderitaan menyebabkan orang menangis sedih, sebaliknya kekayaan dan kemewahan mengalirkan air mata orang yang insaf. Dia bimbang dengan ujian kesenangan. Sejarah umat yang terdahulu dan umat kini pun telah banyak dicatatkan bahawa kesenangan dan kemewahan telah menyebabkan manusia lupa kepada Tuhan.

No comments:
Post a Comment