Bila ALLAH Cepat Makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu
Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu. Oleh Itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun.... Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahalui Kemurkaan Nya

Assalamualaikum.....
Doa ku untuk mu .....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Ya Allah....
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkan hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikan hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat ......
Ya Muhaimin....
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu....

Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukan dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah .....
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu...jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.
Ya Allah....
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku liku hidup di dunia dan akhirat kelak...
Ya Allah....
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku liku hidup di dunia dan akhirat kelak...
InsyaAllah. AMIN
Apabila kita ingin bersahabat, Jangan kerana kelebihannya. Kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya.
Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya. Kerana mungkin dengan satu keburukan, kita akan membencinya.
Andai kita ingin seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya. Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya.
Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan menfitnahnya.
Andai kita ingin bersahabat, terimalah dia seadanya. Kerana kita sendiri pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna, mengikut kehendak ALLAH SWT yang sebenar benarnya.....
** Besederhanalah dalam persahabatan. InsyaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan **
No comments:
Post a Comment