Friday, January 29, 2010

TIPS UNTUK MENJADI WANITA SYURGAWI

Allah menjadikan setiap amalan, baik berupa zikir, tawakkal, solat dan zakat sebagai iman




Berkat ilmu Allah yang Azali, wanita akan mendapatkan dua hal yang boleh dijadikan sebagai jalan keselamatan. Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, berkata "Bersedekahlah kamu dan perbanyakanlah istighfar."
Perhatikanlah perkataan beliau berikut ini:
"Sesungguhnya ada seorang wanita pelacur yang melihat seekor anjing sedang menjulur-julurkan lidahnya kerana kehausan pada suatu hari yang panas, berputar-putar di sekitar perigi. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya (dan memberi minum kepada) anjing itu, maka dosanyapun diampuni."
Perhatikanlah bagaimana sedekah yang rameh dan sedikit dapat mendatangkan rahmat Allah dan maghfirah-Nya. Begitulah bahagian yang diterima oleh wanita tersebut.
Bahkan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, menjelaskan kepada kita, seraya berkata:
"Hendaklah salah seorang di antara kamu menjaga wajahnya dari api neraka walau hanya dengan (sedekah) separuh kurma."
Bahkan kata-kata yang baik dan manis yang keluar dari mulutmu, engkau katakan kepada suamimu atau kepada anakmu, sudah ditulis sebagai sedekah di sisi Allah, sebagaimana perkataan beliau sallallahu 'alaihi wasallam.
"Takutlah akan api neraka walau hanya dengan (sedekah) separuh kurma. Lalu apabila kamu tidak mendapatkannya, maka dengan kata-kata yang baik.
Wajah berseri yang menghias wajah wanita-wanita muslimah juga, sudah dicatat sebagai sedekah, sebagaimana perkataan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:
"Janganlah engkau meremehkan sedikitpun dari yang makruf, meskipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri."
Selagi engkau membantu tetanggamu dengan menyuruhnya kepada yang makruf dan mencegahnya dari perbuatan mungkar, lalu tetangga itu menurutinya, maka ditetapkan bagimu banyak kebaikan di sisi Allah.

No comments: