Sunday, November 15, 2009

STOP TO REFLECT .....

PATIENCE .....

Patience and time do more than strength or passion - La Fontaine




MY MASTERPIECE - "TIDAK SABAR TIDAK JADI LAH!"

COFFEE TABLE RUNNER - machine embroidered on calico fabric, floral and leave motif with satin stitch, zig zag, cut work, with corded outline


Stand if HE causes you to stand and sit if HE orders you to sit.

Show patience if HE has made you to be poor and be thankful if HE makes you to be rich. These points are understood from the statement, "I am pleased with Allah as my Lord, with Islam as a Religion, and with Muhammad as a Messenger."
Please view: http://www.korbanaqiqah.com.my/ and click "Kemboja". This is in connection with "THIS IS ON GOING..." posted on Sunday 15 November.
'SELAMAT HARI RAYA HAJI'
Happy Viewing

THIS IS ON-GOING .....

Assalamu'alaikum Warahmatulallahi Wabarakatuh

Dearest All,

SELAMAT HARI RAYA HAJI

I take this opportunity posting below documents, I received from Ustaz Mohd Iskandar on behalf of the Mufti of the Kingdom of Cambodia. For the past four and half years I learned to read the Qur'an from Ustaz at Arriyaadh, Wisma Indah, Changi Road. If you wish to know more about Arriyaadh and its activities, please view at:
http://www.arriyaadh.com/.

As my movements are uncertain, please liaise directly with Ustaz Mohd Iskandar at: 63447714, email:
equrabic@singnet.com.sg or at the address indicated.


Kerjasama Program Qurban Eidil Adha dan 'Aqiqah di Kemboja 1430H.

Letter from the Cambodian Muslim Development Foundation Organization authorising Ustaz and cooperation between themselves to perform the above. Application forms are obtainable at Ma'hadur Riyaadhil 'Alamiyyah Pte Ltd, 448 Changi Road, #01-07 Wisma Indah.



Surat Mewakil Mencari dan Mengumpul Dana untuk Da'wah Islam di Kemboja


Letter from the Mufti of the Kingdom of Cambodia assigning Al-Ustaz Md Iskandar to find and collect funds on their behalf. I would like to lay emphasis on the following paragraph:
"Saya menaruh harapan dan keyakinan besar supaya Tuan/Puan dapat bersama kami masyarakat Islam Kemboja menjayakan dan menyukung penuh usaha yang kami jalankan ini. Semoga Allah SWT menambah rezqi dan memberkati 'ibadah dan amal kita ini Insya Allah. Ameen".



Perkara: Dana Pembangunan Da'wah Islam Di Kemboja.

Letter from the Mufti of Cambodia appealing for Funds for the "500,000 Umat Islam Kemboja"


The allocation of funds: total USD 349,200


I would like to lay emphasis on the last 2 paragraphs:

"Maka umat Islam seluruh dunia perlu merebut peluang ini untuk membantu masyarakat Islam Kemboja dalam suasana aman dan bebas beragama di sini supaya mereka tidak terus terpinggir dan terbelakang daripada era pembanguan maklumat samaada fisikal, intelektual dan rohani.
Di atas segala sumbangan Tuan/Puan saya bagi pihak pejabat Mufti Kemboja merakamkan jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT mencatat segala sumbangan Tuan/Puan dan menerimanya sebagai amal sholeh yang diberi ganjaran di akhirat nanti, Insya Allah Ameen".
If you wish to know more of "Sejarah Melayu Champa" please view at:

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH



KEINDAHAN ALAM

by: MALAYSIAN ARTIST
price: MR20.00 (20 yrs ago) at Central Market, KL




This article contributed by a niece: Nur Diana Hj Arshad. Thank you Nur Diana



Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.


Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub a.s. ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman, "Bukankah aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub menjawab, "Ya benar, demi keagungganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang di kurniakan oleh Allah.


CARA UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN DARIPADA ALLAH


1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.
3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). InsyaAllah akan digantikan oleh Allah tanpa kita sedari.
6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri) Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu lepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.
7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
8. Konsep sedekah: Berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Al-Quran Ali Imran Ayat 92 -"Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia).
9. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%) dari sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi MuhammadJustify Full s.a.w. sendiri sebelum diutuskan menjadi Rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para Nabi dan Rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatut nya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umatIslam berdosa.
10. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.
Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua Malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru, "Musnahkan orang yang menahan hartanya (lokek)".


Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, Nabi bersabda takutlah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi, "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api".


Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi. Kiranya dapat diamalkan perkara-perkara diatas, InsyaAllah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambah ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui. INSYAALLAH




A PASSION FOR ALL THINGS BEAUTIFUL



My money grows on my house walls!

1. Above antique dish - Love Birds surrounded by Lotus Plants

2. Summer Flowers - a base or plate for coffee and tea pots



All wall decor photographed by: Fajrina Razak, undergrad at Nanyang Accademy of Fine Arts
Thank you my dear niece Rina. I wish you all success in your endeavours.
PURPOSE ....
Trust that GOD has called you to work for a purpose.
We all struggle to find the right balance between earning a living, and serving a purpose. This tension is both normal and necessary because it helps shape our journey. However, don't let the obstacles stop your journey. When you find yourself caught between two masters, choose GOD because HE wants us to succeed. "If GOD is for us, who can be against us?"

God is my CEO : by Larry Julian

A WORD OR TWO - (IN WATER COLOUR)


BERBUDI PADA TANAH DAPAT HASILNYA


Dengan rasa redha dan ikhlas dalam menafkahkan harta, akan muncul suatu kenikmatan yang begitu besarnya, jiwa terasa lapang dan bersih. Ada muncul ketenangan, keteguhan dan keselesaan hidup, dan perasaan yang selalu memberikan hiburan tersendiri.

APA PUNCA ANAK DERHAKA - (GOOD READ)




















so..o... cu..u...te - BRITISH WATERFOWLS - fine bone china


This is a contributed article from Rina Malini in KL. Terima kasih Rina

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul itu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sentitif ... itu salah....

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kalau umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan meyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita ...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak di hargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia susah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN LUAS RAHMATNYA. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi suruh utamakan ibu dahulu... Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua Rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri .. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami .. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anak nya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah, isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Imail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.



Thursday, November 5, 2009

SING OUR WAY TO WORK .....


A lively catchy number by: RAIHAN


INSYAALLAH

INSYAALLAH WITH ALLAH'S WILL

STANZA 1

WE LIVE FOR YOU YA ALLAH YA RAHMAN
WE LEARN FOR YOU YA ALLAH YA RAHIM
WE WORK TO GET YOUR BLESSINGS YA ALLAH
INSYAALLAH .... WITH ALLAH'S WILL

(repeat STANZA 1)

STANZA 2

MAY WE BE SAFE
MAY WE BE WELL
MAY SUCCESS BE WITHIN OUR REACH
HEAVEN WILL BE THE PLACE FOR US
INSYAALLAH ... WITH HIS GRACE

(repeat STANZA 2)

CHORUS - STANZA 1

STANZA 3

WITH HIS ONENESS HE MAKES US ONE UMMAH
UMMAH THEN LIVES, PRAYS, WORKS FOR HIM
UMMAH THEN LOVE, TEACHES AND HELPS EACH OTHER
INSYAALLAH...

(repeat STANZA 3)

CHORUS - STANZA 1

EVERYTHING HAPPENS AS ALLAH WILLS
ALL MY EFFORT IS AS ALLAH WILLS
NOTHING IMPOSSIBLE WITHOUT HIS WILL
DOA, TAWAKKAL AND WORK FOR HIM
DOA, TAWAKKAL AND JUST DO IT
DOA, TAWAKKAL ARE OUR STRENGTH
INSYAALLAH...

CHORUS - STANZA 1

LIFE IS SHORTER THAN YOU THINK



Success bases our worth on a comparison with others. Excellence gauges our value by measuring us against our own potential. Success grants its rewards to the few but is the dream of the multitudes. Excellence is available to all living beings but is accepted by the ..... few. - DALE CARNEGIE


WIRE WORKS! Fine wire form the petals and leaves as well outlining the vase. Sand-filled and glazed paint. Ingenious Chinese Art. Price: MR150.00


Dale Carnegie related a story of a man who had an ulcer that became aggravated to a dangerous level. Doctors informed him that he had very little time left to live. They insinuated that it would be wise for him to make funeral arrangements. Suddenly, Hani - the patient - made a spontaneous decision. He thought to himself that if he had such little time left to live, why not enjoy it to the utmost? He thought, "How often have I wished to travel around the world before I die. This is certainly the chance to realise my dreams." He bought his ticket and when the doctors became aware of his plans, they were shocked. They said to him,"We most strongly remonstrate with you and warn you: If you go forward on this journey you will be buried at the bottom of the ocean." Their arguments were in vain and he only answered, "No, nothing of the sort will happen. I have promised my relatives that I will come back to be buried in the family plot."

He thus began his trip of mirth and joy. He wrote to his wife saying, "I eat the most delectable of dishes on the cruise ship. I read poetry, and I eat tasty fatty foods that I have hitherto refrained from. I have enjoyed life during this period more than I have in my entire previous life."

Dale Carnegie claimed that the man became cured of his sickness and that the energizing path he took is one that is successful in defeating disease and pain.

The moral: happiness, cheerfulness, and calmness are often more efficacious than doctors' pills.

Dale Carnegie said:

"Statistics have proven that stress and anxiety are the number one killers in America. As a result of the last world war, one third of a million of our soldiers were killed. In the same period, heart disease was the cause of two million deaths. And from this latter group, stress, anxiety and nervous tension were the source of sickness for one million people."

Yes, heart disease is one of the main reasons that prompted Dr. Alexis Carlyle to say:

"Working people who do not know how to deal with stress die prematurely."

Though the reasoning and logic that prompted Carlyle to say this are sound, we must still remember:

*(And no person can ever die except by Allah's Leave and at an appointed term)*
(Qur'an 3: 145)


Black Americans and the Chinese rarely fall prey to diseases of the heart. They are people who live with tranquility and calmness. On the other hand, you will find that the number of doctors who die of heart attacks is twenty times more than the number of farmers who die of the same cause. Doctors live a tough and stress-filled life, for which they pay a heavy price.