Friday, October 16, 2009

SPARE A MOMENT TO PONDER .....




Suatu rahasia halus yang harus diperhatikan



Di sini ada suatu rahasia yang halus, yang harus diberikan perhatian dan kesedaran kepadanya, serta menharapkan taufiq bagi orang yang belum mendapat taufiq, iaitu bahawasanya Allah S.W.T. menjadikan bagi tiap-tiap anggota dari anggota-anggota tubuh manusia kesempurnaan. Apabila kesempurnaan tidak ada pada dirinya, niscaya ia akan berada di dalam ketakutan, kerusingan dan ketidak-tenteraman disebabkan kehilangan kesempurnaan ini. Umpamanya kesempurnaan mata mesti lah dengan penglihatan, kesempurnaan telinga dengan pendengaran, kesempurnaan lisan dengan bertutur-kata, dan seterusnya. Sekiranya anggota-anggota ini tidak mempunyai kekuatan yang dengannya ia menjadi sempurna, niscaya akan berlakulah kepedihan dan kekurangan disebabkan kehilangan alat-alat itu. Maka Allah S.W.T. telah menjadikan kesempurnaan hati itu pada kenikmatannya, kegembiraannya, kelazatannya dan kemuncak riangnya dalam makrifat Zat Allah S.W.T. penujuan hati kepadaNya, dan kepada kecintaanNya serta bertaubat kepadaNya, di samping suka mengingatiNya, asyik serta bermesra denganNya. Sekiranya hati itu tersisih dari semua ini, niscaya ia akan merasakan siksa yang amat sangat, yang mana siksanya lebih berat daripada mata yang kehilangan cahaya pemandangan, dan daripada lisan yang kehilangan daya bertutur dan merasa. Pada hakikatnya, tiada jalan kepada thumakninah dengan apa cara sekalipun, kendatipun dia memperoleh dunia dan segala sebab-musahabnya, dan ilmu pengetahuan sampai berapa banyak sekalipun yang dicapainya, melainkan sesudah menjadikan Allah semata-mata sebagai tempat menumpu kecintaannya menjadikan Tuhan tempat tertumpu penyembahannya dan kemuncak apa yang diharap-harapkannya, dan bahawasanya hendaklah Dia saja menjadi tempat permohonannya untuk mencapai segala apa yang dicita-citakannya.
Jelaslah kini, bahawa hakikat perkara itu, ialah tiada thumakninah baginya tanpa merealisasikan konsep 'Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'iin' (hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkau pula kami meminta pertolongan).

No comments: