Wednesday, August 21, 2013

SIFAT RAHMAT

Sifat rahmat atau belas kasihan adalah amat penting sekali oleh kita jika ingin disebarkan ajaran Islam kepada seluruh manusia.  Begitu juga bagi yang ingin mendidik masyarakat kepada jalan kebaikan, seperti guru-guru, ibubapa dan yang utama adalah para pendakwah kerana dengan sifat ini dakwah dan usaha mereka akan lebih berkesan and menjadikan orang awam lebih mempercayai tentang perjuangan mereka.

Mereka inilah yang sepatutnya sentiasa menghulurkan salam serta senyuman walaupun mereka kadangkala dikata dan dituduh dengan perkara yang tidak benar.  Perhatikan firman Allah Subhanahu Wataala dalam menerangkan sifat orang yang beriman:

"Dan apabila orang-orang jahil berbicara kepada mereka (dengan bahasa yang tidak baik) mereka (orang beriman akan menjawab kepada mereka dengan ucapan

SELAMAT (SALAM)."

Memang benarlah kata-kata nasihat yang pernah disampaikan oleh seorang pendakwah terkenal dari Mesir, iaitu Sheikh Hasan Al-Banna:  "Jadilah kamu (sebagai orang beriman) seperti pohon yang sentiasa memberikan buah-buahan (kebaikan) kepada manusia, walaupun kadangkala pohon itu dilontar dengan batu (dihina) oleh manusia!"

Kita hendaklah sentiasa bersifat kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia, walaupun kadangkala kita dikata dengan yang tidak baik dan bukan-bukan.


No comments: