Saturday, June 29, 2013

RUJUK KEPADA AL-QURAN


ALLAH yang mencipta manusia dan Al-Qur'an memberitahu semua manusia penyelesaian yang terbaik dan segala bentuk maklumat yang diperlukan untuk hidup sejahtera.  Oleh itu bila berhadapan dengan masalah, menjadi sesuatu yang penting bagi orang-orang beriman untuk merujuk kepada ayat-ayat Al-Qur'an dan maksud yang tersirat daripadanya. Tidak mengira apa latarbelakang pengetahuan seseorang atau apakah pengetahuannya masih cetek, kerana hanya Allah yang menguasai segala pengetahuan.

Sehubungan ini, sesiapa yang inginkan sebuah kehidupan yang bahagia di dunia hendaklah patuh kepada prinsip-prinsip Al-Qur'an.  Apabila berbuat demikian orang itu akan memperolehi "hikmah kebijaksanaan",  satu nilai yang hanya dimiliki oleh mereka yang ingat dan takut kepada Allah.  Kebijaksanaan ini membawa mereka kepada hidup yang mulia, rasa gembira, tenang dan paling penting ialah dapat melaksanakan matlamat suci kewujudan mereka.  Apa yang mesti mereka lakukan ialah menyembah Allah dan berpegang dengan Al-Qur'an; meneliti, mengkaji perintah dan suruhan ayat, serta kehalusan maksud yang disampaikan dan seterusnya melaksanakan kitab suci tersebut.




No comments: