Wednesday, March 21, 2012

ILMU PALING TINGGI

Imam Ghazali berkata, "Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja."

Maksud Hikmat: Imam Malik berpendapat, hikmat adahlah sunah dan kefahaman yang mendalam berkenaan agama Allah. Imam Mujahid mentafsirkannya sebagai ilmu, kefahaman serta Quran. Mengikut satu lagi pendapat dari Imam Mujahid, hikmat bermaksud percakapan yang benar.

Imam Ghazali berkata: "Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagungannya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Di peringkat awal, ilmu ini di peroleh berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat yang wajib, mustahil serta harus bagi Allah. Di tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasadarkan penglihatan mata hati yang di kurniakan oleh Allah."

Mereka yang tidak mengenali Allah akan mewarisi penyakit sombong dan takbur yang membinasakan.




No comments: