Thursday, October 20, 2011

MUTIARA KATA

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah."
(Riwayat Ahmad)

PERNAHKAH anda menganiaya orang lain? Menganiayai secara fizikal, mental atau emosi orang lain? Sekiranya anda telah biasa atau pernah menganiaya, anda perlu takut terhadap doa mereka.

Ingatlah doa orang yang teraniaya adalah antara doa yang mudah diperkenankan Allah. Mintalah maaf kepada mereka sebelum anda terlambat. Terlambat ini bermaksud sama ada anda meninggal dunia atau Allah membalas kejahatan anda di dunia ini.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan antara mereka ada yang telah membuat janji kepada Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami limpah kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi orang yang soleh." Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka limpah kurnia-Nya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan)."
(Surah al-Tawbah: 75-76)

JANGANLAH anda menjadi seperti golongan orang yang disebutkan dalam ayat di atas. Setiap janji hendaklah ditunaikan.


Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

"Allah s.w.t. sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu masih menolong saudaranya."
(Riwayat al-Bukhari daripada Abdullah IbnUmar)

"Sesungguhnya bagi Allah ada kaum yang diberikan kepada mereka nikmat untuk menolong hamba-hamba Allah, ia akan berkekalan di tangan mereka selama mereka menggunakannya untuk membantu orang lain kalau tidak ia akan ditarik semula dari tangan mereka akan diberikan kepada orang lain."
(Riwayat al-Tabrani)

HEBAT betul janji Allah kepada orang yang suka membantu orang. Di akhirat Allah akan bantu daripada diseksa dan di dunia Allah akan bantu kehidupan dunia. Nabi Muhammad s.a.w. juga menyatakan Allah akan menarik nikmat yang ada pada kita jika kita tidak membantu orang yang memerlukan.




No comments: