Wahai saudaraku yang mulia dan menjaga diri, alangkah mulianya engkau jika engkau tidak meminta bantuan kepada orang lain, dan engkau hanya meminta pertolongan kepada Tuhanmu sehingga engkau memenuhi segala keinginanmu dengan dirimu sendiri, kerana engkau tidak rela mendapat kehinaan. Dirimu cukup mulia dan kuat, dan engkau tidak boleh meminta pertolongan kepada selain Allah. Adakah orang lain yang seperti itu? Engkau menjaga harga diri, iman, dan kehortmatan tidak engkau tukar dengan kerendahan dan kehinaan.
Dijamin masuk syurga
Tsauban r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang sanggup menjamin bagiku satu perkara maka aku menjamin baginya akan dimasukkan ke dalam syurga iaitu, tidak meminta pertolongan apa pun kepada orang lain.
(H.R. Nasa'i)
Marilah kita membuat azam untuk tidak bersandar kepada orang lain dan tidak meminta kecuali kalau keadaan terpaksa. Dalam hadis lain dikatakan bahawa orang yang suka meminta sedekah kepada orang lain akan dibangkitkan di padang mahsyar nanti mukanya seperti tengkorak dan tidak mempunyai daging. Dan orang yang sanggup menahan diri untuk tidak meminta bantuan kepada orang lain dijanjikan masuk syurga seperti hadis di atas.

Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku tidak meminta pertolongan apa pun kepada orang lain, maka aku akan menjamin baginya akan dimasukkan ke syurga. "Kemudian Tsauban berkata: "Aku sanggup ya Rasulullah. "Maka dia adalah seorang yang tidak pernah meminta pertolongan apa pun kepada orang lain.