Thursday, April 15, 2010

MASUK KE SYURGA - UNTUK MUSLIMAH






BERHIJAB - Yang mesti engkau perhatikan bahawa leher, dada, atau lengan tidak boleh nampak ketika solat, kerana semua itu termasuk aurat yang wajib ditutupi oleh wanita, baik tatkala solat mahupun di luar solat.





Dalam wasiat yang agung Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memberi batasan beberapa sebab bagi wanita yang dapat menghantarkannya ke syurga.


1.. Solat fardu yang lima
Ketahuilah wahai muslimahku, sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu agar engkau bersuci, menghadap kiblat lalu solat lima kali sehari semalam. Solat merupa tiang agama. Siapa yang menegakkannya, bererti dia menegakkan agama dan siapa yang meninggalkannya, bererti dia telah merobohkan agama. Allah telah memperingatkan agar tidak menyia-nyiakan solat.
Allah juga memperingatkan agar engkau tidak menyibukkan diri dalam pencarian harta atau disibukkan oleh anak sehingga engkau meninggalkan solat.
2. Puasa Ramadhan
Yang dapat memasukkan wanita ke syurga, iaitu puasa Ramadhan. Ketahuilah wahai muslimahku, bahawa Allah telah mewajibkan kamu agar melaksanakan puasa Ramadhan sebulan penuh secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu sendi Islam yang lima.
3. Menjaga Kemaluan (Kehormatan)
Yang memasukkanmu ke syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki rasa malu dan memperhatikan hijab.
4. Taat kepada suami dalam hal-hal selain kederhakaan kepada Allah
Taat kepada suami termasuk akhlak yang baik, yang menjadi sendi atau dasar kehidupanmu dan inti kebahagiaan dunia serta akhiratmu.
Huraian diatas, nescaya engkau akan mendapatkan redha Allah. Jika Allah redha kepadamu, bererti DIA mencintaimu. Dan jika DIA mencintaimu, tentu DIA akan memasukkanmu ke dalam syurga-Nya dan menjauhkanmu dari neraka.



No comments: