Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronary. Fikiran negatif memberi impak negatif dalam kehidupan. Mengikut satu kajian pelajar-pelajar yang bersikap pesimistik sering kali menghidap penyakit selesema, sakit kerongkong dan demam influenza. Mereka yang berfikiran negatif sering dihinggapi tekanan atau stres. Tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah. Apabila ini berlaku dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku. Pengeluaran hormon kortisol meningkat pada waktu stres. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila keadaan ini berterusan individu itu boleh menghidap penyakit darah tinggi. Hormon adrenalin memudahkan proses pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan serangan sakit jantung berlaku.
Showing posts with label KESEHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESEHATAN. Show all posts
Friday, December 16, 2011
FISIOLOGI SABAR DAN FIKIRAN POSITIF
Kajian yang dilakukan di Harvard School of Public Health and the Department of Veterans Affairs menunjukkan golongan tua yang optimis mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung koronary. Fikiran negatif memberi impak negatif dalam kehidupan. Mengikut satu kajian pelajar-pelajar yang bersikap pesimistik sering kali menghidap penyakit selesema, sakit kerongkong dan demam influenza. Mereka yang berfikiran negatif sering dihinggapi tekanan atau stres. Tekanan jangka panjang menyebabkan paras lemak meningkat dalam darah. Lebihan lemak ini menyempitkan pembuluh darah. Apabila ini berlaku dalam pembuluh darah koronari, serangan jantung akan berlaku. Pengeluaran hormon kortisol meningkat pada waktu stres. Hormon ini menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila keadaan ini berterusan individu itu boleh menghidap penyakit darah tinggi. Hormon adrenalin memudahkan proses pembekuan darah. Ini boleh menyebabkan serangan sakit jantung berlaku.Wednesday, December 7, 2011
SUMBER DAN KHASIAT MADU LEBAH
Madu lebah ialah nectar yang pekat dan juga makanan asas bagi lebah dewasa. Madu lebah yang dicampur dengan debunga atau pollen menjadi makanan asas bagi lebah pada peringkat larva. Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Di persidangan yang sama, doktor-doktor dari Poland memberitahu para perwakilan berhubung keberkesanan madu lebah dalam merawat penyakit bawasir, penyakit kulit dan sakit paun.
Subscribe to:
Posts (Atom)
