CONTRIBUTED BY FRIEND FROM TURKIYE
Showing posts with label ILMU. Show all posts
Showing posts with label ILMU. Show all posts
Thursday, July 26, 2012
Wednesday, May 30, 2012
MAYIT MENDAPAT FAEDAH DARI DOA, SEDEKAH DAN BACAAN AL-QURAN
SURAH 112 AL-IKHLAS (PURITY OF FAITH)
Please view commentary of Surah Al-Ikhlas at: www.banyuemas2qss.blogspot.com (please save this address or type out, many thanks).
Hadiah Al-Quran yang sangat memberi manfaat kepada orang mati, kendatipun seluruh Al-Quran itu baik dan penuh berkat, ialah membaca 11 kali dari surat Al-Ikhlas yang sangat mulia itu. Hal ini telah disandarkan kepada mimpi-mimpi benar dan diberkati. Lantaran itu hendaklah setiap orang membaca 11 kali dari surat yang mulia itu, pada tiap-tiap malam ataupun tiap-tiap hari, ataupun lebih dari itu, ataupun kurang, meskipun sekali seminggu pada malam Juma'at, dan dihadiahkan pula pahalanya untuk kedua ibu-bapanya, untuk guru-gurunya, ataupun sesiapa yang dipandang berhak atas dirinya.

Di antara yang mendatangkan faedah bagi si mayit di dalam kuburnya ialah mendoakannya, memohon istighfar baginya dan bersedekah untuknya ada berbagai-bagai berita yang memberi petunjuk kepada perkara ini, di antaranya mimpi-mimpi yang benar daripada setengah-setengah orang saleh dan orang yang terkenal baik suluknya.
Diriwayatkan di dalam sebuah Hadis, bahawasanya Sa'ad bin Ubaidah r.a. berkata kepada Rasulullah s..a.w.: Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara mengejut. Kalau dia masih boleh bercakap (dalam sakitnya), niscaya dia akan bersedekah. Apakah boleh aku bersedekah untuknya. Maka ujar baginda alaihis-salam: Ya. Lalu Sa'ad pun mengorek sebuah perigi, dan dijadikan airnya sedekah atas nama ibunya.
Berkata seorang kepada Rasulullah s.a.w.: Wahai Rasulullah! Kedua ibu-bapaku telah meninggal dunia, adakah lagi sesuatu kebaktian yang dapat kulakukan untuknya? Jawab baginda: Ada empat. Mendoa bagi keduanya, memenuhi segala janjinya, membuat baik kepada teman-temannya, dan menghubungkan silaturrahim yang tidak tersambung kecuali dengan perantaraaan keduanya.
Diriwayatkan lagi, bahwa baginda pernah bersabda: Kalau tidak kerana adanya orang yang hidup, niscaya binasalah segala orang yang mati. Maksudnya: tidak ada lagi orang yang mendoakan bagi si mati, ataupun memohon istighfar dan belas-kasihan terhadap si mati.
Bersabda Rasulullah s.a..w.:
"Umatku ialah umat yang dirahmati. Mereka masuk ke dalam kubur dengan dosa-dosa seperti gunung, dan keluar daripadanya sedang mereka telah diampunkan dari dosa-dosa itu, iaitu dengan istighfar orang hidup kepada si mati, sedekah, doa dan bacaan Al-Quran untuk mereka, para Malaikat membawa semua itu dalam piring-piring besar dari cahaya; ditudung pula dengan kain sutera. Kemudian para Malaikat itu berkata kepada tuan yang punya: Inilah hadiah yang dikirimkan si fulan untukmu. Maka si penerima itu akan merasa senang dan gembira."

Friday, May 4, 2012
BARAT MENGAGUMI AKHLAK NABI
Montgomery Watt di dalam Mohammad of Mecca berkata, "Pada pendapat saya, pekerti Muhammad yang mulia dan kebenaran yang diajarnya adalah sebab utama beliau mendapat sokongan dan kesetiaan Abu Bakar dan Omar serta kekuatan dan kebenarian Khalid bin Walid dan Amru bin As."
Stanley Lane Poole di dalam The Speeches and Table Talk of Prophet Muhammad berkata, "Terhimpun pada diri (Muhammad) sifat lemah lembut dan gagah berani sehingga seseorang cuba menilainya akhirnya akan mengagumi dan mengasihinya. Beliau seorang yang sanggup berdepan dengan kemarahan kaumnya. Beliau juga tidak mudah melepaskan tangannya semasa bersalaman. Beliau mengasihi kanak kanak dan sentiasa melemparkan senyuman di samping menuturkan kata-kata indah yang mulia kepada mereka. Persahabatannya yang tulus, sikap pemurah, berani dan cekal yang ada padanya, semua ini mencairkan kritikan dan sebaliknya melahirkan kekaguman."
Thomas Carlyle pula di dalam bukunya On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History berkata, "(Muhammad) amat beradab, berbeza dari lelaki lain ketika itu. Jika tidaklah kerana sifat-sifat ini tidak mungkin orang-orang Arab yang ganas itu akan menghormati dan menyanjungnya."
Akhlak Nabi Muhammad memang tidak ada tolok bandingannya. Akhlak yang mulia ini berjaya memikat hati-hati manusia termasuk hati-hati musuh sehingga mereka akhirnya menjadi pengikut nabi yang setia. Tidakkah ini menunjukkan akhlak mulia adalah kekuatan penting yang mejamin kecermerlangan hidup?
Tuesday, April 24, 2012
NABI MUHAMMAD S.A.W.
Al-Quran telah menjelaskan hikmah ini dengan kenyataan yang jelas. Firman Allah SWT:
"Dialah yang mengutus kepada kamu yang ummi seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mereka diajar akan kitab dan hikmah, dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata." Al-Jumu'ah: 2)
Sesungguhnya umat yang baik adalah umat yang mengerti sejarah hidup Nabinya kemudian mengambil 'iktibar dan pengajaran daripadanya dan seterusnya berusaha untuk meneladani cara hidup yang telah ditunjuk-ajar dengan lengkap dan sempurna. Bukankah jika seseorang itu memahami Sejarah Rasulullah s.a.w. kemudian ia mengikuti jejak hidupnya bererti ia telah mengamalkan agamanya secara menyeluruh? Kerana itulah dikatakan bahawa peribadi Rasulullah s.a.w. itu ibarat al-Quran yang berjalan di atas bumi. Sungguh tepatlah apa yang dikatakan bahawa: "Muhammad s.a.w. itu ibarat al-Quran yang berjalan di atas bumi."
AL-QURAN: All welcome to view specifically on Al-Quran which I had recently set up at:
www.banyuemas2qss.blogspot.com.
I set up this website in May 2011
www.banyuemas21c.blogspot.com
as I much prefer that Al-Quran webpage is "clear and clean"
Monday, April 23, 2012
UMUR

Madah:
Kenikmatan hidup ialah kesihatan dan masa muda
Tanpa keduanya tiadalah manusia akan bahagia
Kenikmatan hidup ialah kesihatan dan masa muda
Tanpa keduanya tiadalah manusia akan bahagia
Si tua mencis bukanlah benci hidup lagi
Tapi yang dikesalkan kelemahan kini menimpa diri
Tapi yang dikesalkan kelemahan kini menimpa diri
Umur empat puluh itu ialah umur yang disebutkan Allah Ta'ala di dalam firmanNya:
"Bukankah Kami telah memberikan kamu umur yang cukup, dimana setiap orang yang mahu mengingat sudah dapat mengambil peringatan, dan sudah pula tiba kepada kamu orang yang memberi peringatan." (Fathir: 37)
Diriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ketika merasakan bahawa umur umatnya terlalu pendek antara umat-umat sebelumnya, baginda pun memohon dan bertadharru' kepada Allah Ta'ala mengadukan kependekan umur umatnya, sehingga tiada terluang masa untuk mereka memperbanyak ketaatan kepada Allah Ta'ala serta mengusahakan amalan untuk akhiratnya. Dengan demikian akan berkuranganlah nasib mereka untuk mendapatkan pahala yang banyak dari Tuhan, atau untuk mencapai darjat dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah azzawajalla. Maka Allah s..w.t. pun menganugerahkan kepada umat Muhammad itu malam Lailatul-qadar yang merupakan lebih utama dari seribu bulan, agar kelebihan itu menjadi pengganti kepada umur mereka yang pendek, dan menambah pula pahala dan kebajikan mereka, sehingga apabila seseorang mereka bangun malam dan mengerjakan ibadat kepada Allah Ta'ala pada malam Lailatul-qadar itu, samalah seolah-olahnya ia bangun beramal untuk seribu bulan, iaitu menyamai masa delapan pula tiga tahun empat bulan. Jadi, jika ada orang yang bangun beribadat pada malam Lailatul-qadar selama dua belas tahun, umpamanya, maka samalah ia seperti orang yang membuat ketaatan kepada Allah Ta'ala selama lebih seribu tahun.

Wednesday, March 21, 2012
ILMU PALING TINGGI
Imam Ghazali berkata, "Hati memerlukan ilmu dan hikmat agar dengannya nafsu syahwat dan marah dapat dikekang untuk melaksanakan perkara-perkara yang bermanfaat sahaja."Maksud Hikmat: Imam Malik berpendapat, hikmat adahlah sunah dan kefahaman yang mendalam berkenaan agama Allah. Imam Mujahid mentafsirkannya sebagai ilmu, kefahaman serta Quran. Mengikut satu lagi pendapat dari Imam Mujahid, hikmat bermaksud percakapan yang benar.
Imam Ghazali berkata: "Ilmu yang paling mulia ialah ilmu tentang Allah serta keagungannya. Penguasaan ilmu ini dan keyakinan yang lahir daripadanya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Di peringkat awal, ilmu ini di peroleh berdasarkan usaha dan kesungguhan sehingga seseorang mengenali sifat-sifat yang wajib, mustahil serta harus bagi Allah. Di tahap yang paling tinggi, ilmu dan keyakinan terhadap Allah terhasil berdasadarkan penglihatan mata hati yang di kurniakan oleh Allah."
Mereka yang tidak mengenali Allah akan mewarisi penyakit sombong dan takbur yang membinasakan.
Saturday, January 14, 2012
HANG TUAH, HANG JEBAT VS ABU BAKAR, UMAR, USMAN DAN ALI...
CONTRIBUTED ARTICLE......Disebabkan adanya halangan dan tentangan, Islam menganjurkan umatnya supaya berjihad. Islam ajar umatnya berjihad kalau setiap pekerjaan ini boleh dilaksanakan tanpa halangan dan mudah.
Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu beruntung."

Surah Ali Imran ayat 200
Kalau Islam semudah itu, apakah tujuan Allah SWT mengajar hamba-hamba-Nya supaya berjihad? Apakah tujuan Allah SWT mengajar hamba-Nya melawan nafsu?
Apa yang pasti, memartabatkan Islam bukanlah perkara yang mudah, malah digalangi dengan seribu satu kesusahan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka."
Surah at-Taubah ayat 42
Oleh itu, melalui ajaran-ajaran begini, kita dapat fahami bahawa Islam bukan ajaran remeh. Dalam keadaan jerih-payah, kita perlu berhempas-pulas sehingga terpaksa mengorbankan harta benda dan nyawa, kita harus bersabar ketika sedang melaksanakan kerja-kerja Allah SWT.
Orang Melayu zaman dahulu taat melulu kepada sultan, dan sesiapa yang berani mencabar perintah sultan walaupun ia berunsurkan kezaliman akan terima padahnya. Timbullah cerita Hang Tuah yang begitu taat setia kepada rajanya, sedangkan Hang Jebat pula kitakan menderhaka. Hari ini, tukarkan pola pemikiran kita seratus peratus daripada Hang Jebat dan Hang Tuah*, kepada Saidina Abu Bakar ra, Umar ra, Usman ra, dan Ali ra. Barulah kita layak digelar Muslim dan bukan sekadar Melayu yang mudah lupa.
*Ideologi Hang Jebat dan Hang Tuah berbeza dengan pemikiran Abu Bakar dan Umar. Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang dikatakan menderhaka kepada raja kerana tidak bersetuju dengan arahan raja membunuh Hang Tuah tanpa usul periksa terlebih dahulu. Saidina Abu Bakar ra dan Umar ra hanya mencari keredaan Allah SWT semata-mata, bahkan Saidina Abu Bakar ra, meminta kaum Muslimin mebetulkannya jika tindakannya menyalahi perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW setelah diangkat menjadi khalifah umat Islam yang pertama.

Sunday, September 11, 2011
ALLAH JAGA MANUSIA
IDRIS, berkata: "Walau di mana pun kita berada, janganlah bergantung pada raja. Apa yang kita mahukan daripada seorang raja? Apabila raja murka dia pasti menghukum kita. Apabila dia jemu, kita pasti dibuang begitu sahaja. Oleh itu, berlingdunglah hanya kepada Allah dan jauhi istana raja-raja. Sesungguhnya berdiri di pintu istana raja adalah satu penghinaan, tetapi berserah dan bertawakal kepada Allah adalah satu kemuliaan."Idris - ayah kepada Imam Syafie
....Selepas mendapat keizinan daripada suaminya, maka Ummu Habibah al-Uzdiyya membaca surah Yusuf dan surah Luqman. Selesai membaca kedua-dua surah itu baharu dia tidur. Itulah yang diamalkannya sejak mula mengandung. Dia berharap semoga anak yang dikandungnya memiliki paras rupa yang cantik dan cerdik.
Ummu Habibah al-Uzdiyyah - ibu kepada Imam Syafie
CONTRIBUTED ARTICLE
Sesungguhnya aku berkeyakinan penuh bahawa Tuhan akan mengawal dan mengawasi aku dalam segenap perkara, di mana segenap benda yang ada di dunia ini ialah bekas tangan Tuhan. Tuhan tidak lempar kita ke dunia ini begitu sahaja, bahkan Dia jaga, Dia awasi, Dia tengok siapa yang pandai menjaga diri mereka semasa hidup ini. Ketika itu pandailah Allah SWT memperbetulkan keadaan-keadaan di dunia ini.
Hidupnya manusia di atas muka bumi, tidak pernah terlepas daripada kawalan Allah SWT. Tanpa kawalan Allah SWT sudah pasti manusia akan berada dalam keadaan yang huru-hara. Misalnya, apabila berjalan masuk parit, berlaga sesama sendiri dan banyak lagi.
Antara kawalan Allah SWT terhadap manusia adalah Dia memberi nyawa kepada manusia tanpa mengharapkan balasan satu sen pun. Bayangkan kalau Allah SWT meminta bayaran di sebalik nyawa yang diberikan kepada manusia, sudah pasti hidup manusia berada dalam keadaan yang susah. Lihat sahaja ketika kita menggunakan jalan yang dikenakan tol. Itu pun, kadangkala menyebabkan kita mengeluh. Inikan pula kita bernafas, kita menggunakan alat kepunyaan Allah SWT. Sudah pasti kita akan mengeluh dan merasa susah andai segalanya itu dikenakan bayaran oleh Allah SWT.
Semua pemberian Allah SWT ini, tidak pernah mengharapkan bayaran satu sen pun. Akan tetapi apa yang Allah SWT mahukan adalah manusia mengamalkan perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Malah, segala perintah dan larangan yang diperintahkan itu, bukan disuruh melakukannya dengan percuma, bahkan diberikan gaji pula oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mentaatinya. Gaji tersebut bernama pahala, dan ia akan menjadi bekalan makanan kehidupan kita di akhirat kelak.
Demikianlah pemurahnya Allah SWT Yang Maha Pemurah. Allah SWT memberikan segala nikmat seperti nyawa, udara dan sebagainya secara percuma kepada manusia. Sebaliknya, segala suruhan dan larangan yang ditaati oleh manusia akan diberikan ganjaran iaitu pahala yang kelak akan mendatangkan manfaat besar untuk manusia pada hari akhirat. Dengan adanya pahala hasil daripada ketaatan terhadap perintah Allah SWT seseorang manusia itu akan mendapat syurga-Nya dan sudah pasti dia akan hidup di akhirat kelak dalam keadaan bahagia buat selama-lamanya.
Wednesday, August 24, 2011
PUASA ADALAH PENAWAR
Umat Islam diwajibkan melaksanakan ibadah puasa selama lebih kurang 12 jam setiap hari di bulan Ramadan, melainkan sebab-sebab yang diizinkan oleh Islam. Allah berkata dalam surah al-Baqarah ayat 183, "Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa."
Dr. Soliman dari University Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki dan 26 wanita Islam yang berpuasa pada tahun 1984. Darah mereka diperiksa bagi mengenal pasti kadar cortisol, testosterone, sodium, potassium, urea, glucose, cholesterol dan asid lemak. Pada masa yang sama, berat badan mereka ditimbang pada awal dan akhir Ramadan. Di samping itu, Dr. F Azizi dan rakan-rakannya juga membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan di University Sains Perubatan di Tehran. Pemeriksaan darah bagi mengukur kadar glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating hormone, thyroid stimulating hormone, testosterone, prolactin, luteinising hormone, thyroxine-4 dan thyroxine-3 dilakukan sebelum, Ramadan, pada hari ke-10, hari ke-20 dan hari ke-29 Ramadan dan berat badan mereka juga ditimbang.
Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa pada musim Ramadan tidak membahayakan kesihatan orang Islam secara amnya. Mala ia memberi kesan yang baik pada metabolisme lemak dan pengawalan berat badan seseorang. Puasa juga meredakan tekanan pada jiwa seseorang kerana, di samping tidak makan, minum dan bersetubuh di siang hari, orang Islam digalakkan membaca Quran, membanyakkan sembahyang menjaga lidah dan banyak bersedekah. Amalan-amalan ini menguatkan dan mendamaikan hati.
CARA MINUM YANG BETUL
Ketika minum air, Rasulullah tidak menggalakan seseorang menghabiskan minumannya dengan satu teguk. Menurut Tarmizi, beliau berkata, "Janganlah kamu habiskan minuman dengan satu teguk seperti unta tetapi minum dengan dua ataupun tiga teguk. Sebut Bismillah apabila kamu hendak minum dan puji Allah apabila kamu selesai." Di dalam hadis yang lain, menurut Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik melaporkan. "Rasulullah minum dengan tiga nafas." Imam Muslim melaporkan kata-kata tambahan dalam laporan beliau iaitu, "Cara minum yang seperti ini lebih menghilangkan dahaga, lebih menyihatkan dan lebih menghadamkan."

Tuesday, July 12, 2011
ISLAM DAN KECANTIKAN
Menurut Muslim, dalam konteks kecantikan Islam mengutamakan kecantikan hati berdasarkan kata-kata Nabi Muhammad, "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu dan tubuh jasadmu tetapi Dia melihat kepada kebersihan hatimu." Walau bagaimanapun, Islam tidak melarang umatnya menjaga kecantikan zahir, asalkan ia tidak melanggar batas-batas syariat dan bahan yang digunakan tidak berbahaya. Sebagai contoh, menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhammad mengizinkan minyak zaitun disapu ke atas kulit berdasarkan kata-kata beliau yang bermaksud, "Makanlah minyak zaitun atau olive oil, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang daripada pohon yang diberkati."Berhubung dengan penjagaan rambut, menurut Abu Daud, Nabi Muhammad berkata, "Sesiapa yang dikurniakan rambut, peliharalah ia dengan baik." Nabi Muhammad juga bercelak, menurut Tarmizi dan Ibn Majah berdasarkan laporan daripada Abdullah Abbas, "Nabi Muhammad mempunyai tempat menyimpan celak dan baginda memakai celak itu pada setiap malam..." Bagi mereka yang beruban, Nabi Muhammad mengizinkan mereka mewarnakan rambut mereka dengan menggunakan warna selain hitam. Warna hitam apabila digunakan ke atas orang tua yang beruban, boleh mendatangkan fitnah pada diri sendiri dan orang lain. Menurut Muslim, Nabi Muhammad berkata, "Bawalah (lelaki yang beruban itu) kepada isterinya dan ubahlah warna rambutnya dengan sesuatu tetapi jangan digunakan warna hitam."
Penjagaan kecantikan yang melampau dilarang oleh agama. Justeru, Islam tidak membenarkan pembedahan kecantikan dan menganggapnya sebagai percubaan mengubah kejadian Tuhan. Allah berkata dalam surah an-Nisak ayat 119, "Dan aku (syaitan) pasti menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah." Dr. Yusuf Qardawi berkata dalam Halal Dan Haram, "Pembedah kecantikan adalah termasuk dalam perkara yang dilaknat oleh Allah dan Rasulnya, kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur penyeksaan dan pengubahan ciptaan Allah tanpa sebab-sebab yang kukuh. Ia hanya membawa kepada pembaziran dalam aspek zahir, tanpa mementingkan rohani. Adapun apabila seseorang mempunyai kecacatan yang menjijikkan pandangan, contohnya terdapat ketumbuhan daging yang mendatangkan gangguan kepada perasaan dan jiwa, pada waktu itu tidaklah berdosa apabila pembedahan dilakukan untuk membuangnya kerana Allah tidak menjadikan kesukaran dalam agama ini."
Tuesday, April 26, 2011
'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM' SEBAGAI KUNCI PINTU SYURGA
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Pada malam perjalananku ke langit, diperlihatkan kepadaku semua syurga. Maka aku melihat empat macam sungai: Sungai Air, Sungai Susu, Sungai Khamar dan Sungai Madu. Lalu aku bertanya kepada Jibril: "Dari mana air ini bersumber dan ke mana ia mengalir?"Jibril menjawab: "Mengalir ke kolam Al-Kautsar, tetapi aku belum mengetahui dari mana air ini bersumber. Cuba ku tanya dahulu dengan Tuhanmu."
Kemudian datanglah seorang malaikat dan berkata kepadaku: "Hai Muhammad, pejamkanlah matamu!" Tiba-tiba aku berada berdekatan sebuah pohon bersebelahan sebuah Kubah yang terdiri dari Mutiara Putih, pintunya dari yaqut hijau dan kuncinya dari emas merah. Jika dunia dan seisinya diletakkan di atas Kubah ini, akan seperti burung yang hinggap di atas gunung atau seperti telur yang diletak di atas gunung.
Aku melihat sungai-sungai itu mengalir dari bawah kubah tersebut. Ketika aku hendak kembali, berkatalah malaikat tersebut menyuruhku memasukinya. Aku bertanya: "Bagaimana aku boleh masuk, sedangkan pintunya terkunci?"
Berkatalah malaikat tersebut: "Kuncinya berada di tanganmu, iaitu lafaz Bismillahirrahmanirrahim."
"Maka aku mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim. Tiba-tiba terbukalah pintu Kubah itu dan masuklah aku ke dalamnya. Maka aku menyaksikan dari keempat sudutnya mengalirnya keempat-empat sungai itu. Ketika aku hendak pulang, maka malaikat itu menunjukkan aku tulisan Bismillahirrahmanirrahim tertulis di atas sudut-sudut Kubah itu. Aku menyaksikan bahawa Sungai Air bersumber dari Mim lafaz Bismillah, Sungai Susu bersumber dari Ha lafaz Allah, Sungai Khamar bersumber dari Min lafaz Arrahman dan Sungai Madu bersumber dari Mim lafaz Arrahim. Maka tahulah aku bahawa sumber-sumber sungai itu dari lafaz Bismillahirrahmanirrahim."
Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Muhammad! Barangsiapa dari umatmu yang menyebutku dengan nama-nama ini, akan Ku beri minum dari sungai-sungai ini."
Monday, April 25, 2011
HIKMAH SUJUD
Sujud lega sistem pernafasanMungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
BERNAFAS KETIKA SUJUD PULA BOLEH:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh
- melegakan paru-paru daripada ketegangan
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud
- pergerakkan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik
- mengurangkan kegemukan
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak menusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Friday, March 25, 2011
MEMENUHI MASA MUDA UNTUK KEBAHAGIAAN HARI TUA
ALLAH SWT menganugerahkan pelbagai peluang secara percuma untuk hamba-Nya. Kita diminta agar merebut peluang-peluang tersebut serta memanfaatkan sepenuhnya. Jika seseorang itu cuai atau terlalai daripada merebutnya, pasti mereka akan menanggung kerugian yang akan menimbulkan penyesalan.At-Tirmizi dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Amru bin Maimun RA bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki dengan sabda baginda:
"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua; masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit; masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa; masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk; dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."
Peringatan itu diberikan oleh Rasulullah SAW dengan suatu tawaran berfaedah, supaya manusia tidak mensia-siakan peluang yang diperolehi secara percuma. Ibarat mendapat harta ghanimah, keuntungan tanpa memerlukan modal, sedangkan bagi orang berniaga, untuk mendapatkan keuntungan mesti melalui modal.
Justeru, Rasulullah SAW menganjurkan agar kesempatan yang datang secara percuma itu tidak dibiarkannya berlalu sia-sia. Ini kerana sekiranya seseorang diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk hidup dengan umur yang panjang, pasti ia akan menempuh masa muda. Masa muda itu diberi dengan tidak payah diminta.
Masa muda jangan dibiarkan berlalu tanpa erti kerana ia penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal, sementara mental remaja yang segar memberi ruang yang cukup untuk mencapai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.
Masa muda tidak akan bertahan kerana usia akan menjangkau dewasa dan akirnya tibalah masa tua. Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi, saat remaja hanya akan menjadi kenangan. Jika masa remaja tidak dipergunakan menurut selayaknya, pastilah ia akan meninggalkan kenangan pahit tatkala hari tua.
Masa tua, segala-galanya tidak ada yang indah, kudrat tenaga sudah lemah, selera makan sudah menurun meskipun disajikan makanan yang serba lazat, sering dilanda sakit kerana keupayaan fizikal untuk melawan penyakit semakin lemah, keterbatasan pula mula melingkungi diri.
Dalam situasi sedemikian, mungkin seseorang baru menyedari betapa masa muda itu amat berharga. Oleh ini mensia-siakan masa muda yang sangat bererti bagaikan menempah derita untuk menanggung penyesalan. Menyesal kemudian hanyalah suatu kesengsaraan.
Masa muda yang diberikan secara percuma oleh Allah SWT itu, akan ditanya semula pada hari perhitungan kelak, kerana ia bukan sahaja suatu anugerah, tetapi juga amanah. Justeru, ia pasti akan ditanya oleh Penganugerahnya. Untuk gerangan apakah usia muda itu dipergunakan, sama ada untuk melakukan ketaatan atau sebaliknya?
Segenap masa muda yang dipenuhi dengan perkara yang selayaknya sebagai seorang Mukmin, sama ada dalam bidang ilmu dan amal, pasti akan menjadikan masa tua penuh dengan kesyukuran. Jika tidak, Allah SWT telah mengingatkan hamba-Nya dengan firman-Nya:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Memudian Kami Kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, maka bagi mereka pahala yang tidak putus-putus." - (At-Tin : 4,5 dan 6)
Tuesday, February 15, 2011
AIR MATA DUKA
TANGISAN lazimnya berlaku mengiringi kesedihan, kepiluan dan penderitaan akibat daripada pelbagai tragedi yang memilukan dan menyayat hati. Tangisan merupakan pengalaman yang pasti dilalui oleh manusia, setikak-tidaknya ketika alam bayi dan kanak-kanak, lebih-lebih lagi kaum wanita. Duka dan gembira mereka sentiasa diiringi tangisan hingga mereka digelar makhluk air mata.Tidak semua air mata yang tumpah mempunyai nilai di sisi Allah SWT kerana selain air mata duka, ada juga yang digelar air mata buaya. Malah ada juga air mata dipaksa mengalir untuk mendapat wang. Dia menangis bukan kerana sedih, tetapi kerana dunia lakonan yang palsu menghendaki mereka berbuat begitu.
Para penumpah air mata daripada golongan ini bukan sahaja tidak berharga di sisi Tuhan, malah boleh mendatangkan petaka di Akhirat. Mereka menggunakan air mata untuk tujuan berdusta, contohnya; air mata buaya adalah suatu tindakan untuk menarik simpati golongan tertentu supaya menyokong tindakan mereka yang negatif. Air mata golongan seniman juga adalah air mata palsu untuk tujuan wang dan glamor.
Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah air mata yang mengalir kerana mencari keredaan Allah SWT. Air mata yang menitis pada malam hari ketika manusia sedang lena tidur. Inilah golongan yang memikirkan dirinya sebagai hamba Allah Taala yang berasa serba kurang dari segi ketaatannya kepada Allah SWT, berbanding dengan nikmat kurniaan yang diterimanya, selain berasa dosanya tidak terbilang, ibarat pasir di pantai. Hari demi hari kian bertambah dosa ini hingga tidak tertanggung, sedangkan umurnya kian berkurangan.

Hamba Allah yang sentiasa bermuhasabah diri, berasa kesuntukan masa untuk melakukan ketaatan terhadap Allah SWT. Malam baginya bukan untuk beristirehat sebagaimana orang lain, sebaliknya itulah ketika yang paling syahdu untuk beristighfar memohon keampunan dan bertaubat terhadap Allah SWT. Air mata terus mengalir kerana takut akan murka Tuhan, di dalam hatinya dipenuhi pertanyaan; adakah dirinya layak memasuki syurga Allah? Sedangkan dia amat sedar akan ketidakupayaannya untuk menghuni neraka yang dahsyat itu.
Justeru, air matanya terus mengalir pada malam yang hening mengenangkan keadaan dirinya. Dalam situasi yang serba lemah itu, dia menyerahkan dirinya kepada Allah SWT. Dengan linangan air mata, dia berharap agar dosanya diampunkan, dia tidak berasa kecewa dan putus asa daripada rahmat Allah SWT kerana Allah Taala Maha Penerima taubat hamba Nya.
Rasulullah SAW menyatakan bahawa di Akhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah Taala ialah mereka yang menangis kerana Nya. Tuhan berseru: "Di manakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Tuhan memerintahkan para malaikatnya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis pada siang hari lebih-lebih lagi pada malam hari kerana mengenangkan dosa mereka.
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takut akan kemurkaan Tuhan, maka akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah SWT. Air mata itu juga akan timbang bersama-sama dengan dakwat para ulamak yang menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelas hukum-hakam dan syariat AllahTaala supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.

Begitu tinggi nilai air mata taubat itu, sama nilainya dengn darah syuhada yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah dan keredaan-Nya. Air mata taubat itu juga sama nilainya dengan dakwat pena para ulamak yang menghabiskan usianya untuk mengarang kitab-kitab yang menjadi pelita kepada umat, menerangi jalan hidup manusia untuk berbakti kepada Allah SWT.
Air mata bukan sahaja mengalir kerana takut akan azab Allah Taala, tetapi juga kerana tamak, tetapi bukan tamak akan harta, sebaliknya tamak untuk melakukan kebaikan. Tidak padan dengan kebaikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya jika dibandingkan dengan ketaatan yang dilakukannya terhadap Allah Taala selama ini.
Bukan saja kepapaan dan penderitaan menyebabkan orang menangis sedih, sebaliknya kekayaan dan kemewahan mengalirkan air mata orang yang insaf. Dia bimbang dengan ujian kesenangan. Sejarah umat yang terdahulu dan umat kini pun telah banyak dicatatkan bahawa kesenangan dan kemewahan telah menyebabkan manusia lupa kepada Tuhan.

Tuesday, July 20, 2010
"ISTIGHFAR KITA MASIH MEMERLUKAN ISTIGHFAR"
SURAH 5 AL MAA-IDAH (HIDANGAN)16. Dengan kitab (Al Qur'an) itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.
Lapan Tanda Taubat Diterima:
1. Bahawa seseorang sentiasa merasa takut dan hati-hati menggunakan lidah; di mana dia tetap berusaha mengawasi lidah daripada berdusta, mengumpat, perkataan sia-sia dan perkara negatif lainnya. Sentiasa sibukkan lidah dengan zikrullah dan tilawah dan lain-lain.
2. Bahawa seseorang tetap merasa takut dan berwaspada dalam masalah perut atau makanan dan minumannya; di mana dia tidak mahu memasukkan ke dalam perutnya melainkan yang jelas halal walaupun sedikit.
3. Bahawa seseorang sentiasa merasa takut dan teliti dalam masalah mata; di mana dia tidak mahu melihat perkara yang haram dan tidak melihat keduniaan dengan pandangan orang yang tergiur bahkan pandangannya hanyalah pandangan yang ingin mengambil iktibar dan faedah.
4. Bahawa seseorang tetap merasa takut dan berwaspada mengenai masalah tangannya; dia tidak mahu menggunakan tangannya kepada yang diharamkan agama. Dia bahkan hanya menggunakan tangannya untuk perkara-perkara ketaatan.
5. Bahawa seseorang itu tetap merasa takut dan teliti mengenai kaki; dia tidak menggunakan kakinya untuk melakukan maksiat kepada Allah, melainkan untuk perkara-perkara ketaatan kepada Allah.
6. Bahawa hamba sentiasa merasa takut dan berhati-hati dalam mengawasi hati. Dia membuang dan mengikis dari dalam hatinya sikap permusuhan, benci, hasad dan gejala-gejala negatif lainnya. Disemai dan ditanamkan dalam hatinya rasa kasih sayang, suka memberi nasihat, mempunyai keprihatinan dan kepekaan yang tinggi terhadap perihal umat Islam dan lain-lainnya.
7. Bahawa dia sentiasa merasa takut dan waspada mengenai pendengarannya. Dia tidak mahu mendengar sesuatu kecuali yang berhubungan dengan kebenaran dan keredhaan Allah.

8. Bahawa seseorang tetap merasa takut terhadap perbuatan taat atau amal soleh yang dilakukannya. Dia menjadikan ketaatannya hanya semata mata mencari keredhaan Allah. Dia menghindari sifat riak dan nifaq; iaitu kemunafikan.
Sunday, July 4, 2010
LELAKI YANG TELAH MEMBUNUH 99 MANGSA

Diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim daripada Abi Sa'id RA bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda:
"Di kalangan umat sebelum kamu terdapat seorang lelaki yang telah membunuh sebanyak 99 jiwa. Dia lalu bertanya kepada orang ramai mengenai tokoh yang paling alim pada ketika itu. Orang ramai memberitahunya mengenai seorang rahib (tokoh agama). Lelaki mendatanginya dan berkata kepadanya bahawa dia telah membunuh 99 jiwa. Dia bertanya apakah ada peluang baginya bertaubat? Rahib menjawab: "Tidak". Lantas lelaki itu membunuh rahib tersebut menjadikan jumlah jiwa yang dibunuhnya sebanyak 100 orang. Lelaki itu tidak putus asa dia bertanya lagi kepada orang lain mengenai tokoh yang lain yang pada ketika itu. Dia ditunjukkan kepada seorang yang alim (bukan rahib). Lelaki itu mendatanginya dan berkata kepadanya bahawasanya dia telah melakukan sebanyak 100 kes bunuh. Dia bertanya adakah jalan baginya untuk bertaubat? Orang alim itu menjelaskan: "Ya ada, siapakah yang dapat menghalangi seseorang daripada bertaubat." Pergilah ke negeri ini (dengan menjelaskan ciri-ciri dan tanda-tandanya) di sana terdapat kumpulan manusia yang menyembah Allah. Engkau hendaklah menyembah Allah bersama-sama mereka, engkau jangan sekali-kali ke negerimu, kerana ia adalah negeri orang-orang jahat." Lelaki itupun pergi, sehingga apabila dia tiba di tengah jalan dia didatangi Malaikat Maut. Setelah dia meninggal dunia, Malaikat Rahmat dan Malaikat 'Azab berselisih pendapat mengenai kedudukan lelaki tersebut. Malaikat Rahmat berkata: "Dia telah datang untuk bertaubat dan menghadapkan hati murninya kepada Allah SWT." Malaikat 'Azab membantah dengan hujahnya: "Dia belum pernah melakukan sebarang kebaikan selama ini." Dalam keadaan itu mereka didatangi seorang Malaikat lain berupa manusia. Mereka yang bertengkar tadi menjadikannya sebagai pendamai. Dia berkata: "Cubalah ukur di antara dua negeri tersebut (antara negeri orang-orang yang soleh dan negeri orang-orang yang jahat dengan tempat lelaki ini meninggal dunia), mana yang lebih dekat jaraknya, orang yang mati ini akan digolongkan ke dalamnya." Mereka mula mengukurnya. Mereka mendapati bahawa jarak menuju ke destinasi yang ingin dituju oleh lelaki itu lebih dekat sejengkal berbanding negeri yang ingin ditinggalkannya. Maka mayat itu terima oleh Malaikat Rahmat.
Maka semestinya orang yang berakal dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita ini dan menyedari bahawa rahmat Allah sangat luas, dapat menerima dan memaafkan dosa seseorang walau bagaimana besar dan banyaknya sekalipun.

***

Friday, June 4, 2010
THE BLISS OF THE PROPHET'S COMPANIONS

CARTOONISTS MAKE MEAN CARICATURES OF HIM.
WISE MEN REVERE HIM AS A GREAT MAN.
OVER A BILLION BEAR WITNESS HE IS THE MESSENGER OF GOD
Our Prophet Muhammad (Blessings and Peace be upon him) came to all people with a heavenly message. He was not driven by worldly ambition, he had no treasure from which to spend, no splendid gardens from which to eat, and no castle in which to live. Despite all this, his loving followers pledged allegiance to him and remained steadfast, enduring a hard life full of difficulties. They were few and weak, always in fear of being uprooted by those surrounding them, and yet they loved the Prophet (bpuh) wholly and completely.
The believers faced trials because of his message. The very ground under them was shaken violently, and yet their love for him continued to grow.
The best among their youth constantly had swords hanging menacingly over their heads.
Their men moved forward lightly across the battlefield, advancing to death as if they were upon an excursion or a holiday, for the simple reason that they loved him unconditionally.
But why did they love him, and why were they so happy with his message and content with his example? Why did they forget the pain, the suffering, and the hardship that resulted from following him?
To put it simply, he epitomized benevolence and righteousness. They perceived in him all the signs of truth and purity. He was a symbol for those who sought out higher things. With his tenderness he cooled the rancour from the hearts of people, with words of truth he soothed their chests, and with his message he filled their souls with peace.
He poured happiness into their hearts, until the pain that they endured from being at his side was made to seem insignificant. And he instilled into their souls a belief that made them forget every injury and every adversity that they had to endure.
He polished their insides with his guidance and he illuminated their eyes with their brilliance. He removed from them the burden of ignorance, the depravities of idolatory, and the evil consequences of polytheism. He extinguished the fires of malice and animosity from their souls and he poured the water of faith into their hearts. Thus, their minds and bodies became tranquil and their hearts found peace.
They tasted the beauty of life with him and they knew delight in his company. They found happiness at his side, safety and salvation in following him, and inner-richness in emulating him.
They were truly happy with their leader and so they rightly deserved to be.
O'Allah, send prayers and peace upon Muhammad, the liberator of minds from the shackles of deviation and the rescuer of souls from the cures of falsehood, and be pleased with his noble Companions as a recompense for their striving and for their efforts.
Wednesday, May 19, 2010
SURAH 21 - LUQMAN

"But values are the steady currency that earn us the all-important rewards."
- Peter Buffet, Son of Billionaire Investor Warren Buffet - May, 2010
THIS SURAH OPENS WITH A REFERENCE to the righteous and the rewards awaiting them.
When Prophet Muhammad was asked about Luqman he gave the Arabs of Makkah an account of a set of succinct but powerful instructions Luqman had given his son, which are rich in wisdom and sensible advice.
Luqman's account begins with God urging him to be thankful to Him. Human beings tend not to appreciate the good things they receive and always crave for more. Many a person would accept what one does for them but turn away without even a word of thanks. They are just as ungrateful towards God Almighty, the origin of their existence and sustenance!
Luqman's advice to his son begins thus: "My son, serve no other deity besides GOD". This is followed by a bidding to be kind to one's parents who are, apart from God, immediately responsible for one's existence. It is interesting to note that modern society does not care very much for the welfare of parents. The majority of them in their old age find themselves leading lonely lives in old people's homes. But this is to be expected in a society which has all but forgotten God altogether.
The advice continues: "My son, observe the prayer, enjoin what is good and forbid what is evil. Endure with fortitude whatever befalls you. That is a duty incumbent on all. And turn not your cheek away from people in (false) pride, and walk not haughtily on earth: for, behold, God does not love anyone who, out of self-conceit, acts in a boastful manner."
It closes with the statement: "Be modest in your bearing and lower your voice: the harshest of voices is the braying of the ass."
The testament is a wonderful collection of profound wisdom and high religious and moral principles, which people of all generations ought to learn and observe.
The fact of the matter is that every man is a maker of his own destiny; if saved it will be because of his good deeds, or else his evil deeds will bring about his downfall.
We read elsewhere in the Qur'an that: "No soul shall bear another's burden. If a laden soul calls on another to share its burden, none would respond, not even the nearest of kin."
Tuesday, May 18, 2010
ANAK ANUGERAH ALLAH - LUQMAN

MUQADDIMAH
Luqman telah diberi oleh Allah ni'mat dan ilmu pengatahuan, oleh sebab itu dia bersyukur kepadaNya atas ni'mat yang diberikan itu. Ini adalah sebagai isyarat dari Allah supaya setiap ibu bapa melaksanakan pula terhadap anak-anak mereka sebagai yang telah dilakukan oleh Luqman.
NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
1. "Bersyukurlah kepada Allah."
2. "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah"
3. Allah perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada dua orang ibu-bapanya.
4. Pergaulilah keduanya didunia dengan baik
5. "Hai anakku sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan sebarat biji sawi, dan ada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus, ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana pun kecilnya, lagi Maha Mengetahui.
6. Hai anakku dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang di wajibkan oleh Allah.

7. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
8. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan, dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Monday, April 26, 2010
IMAN

Iman: Faith or belief. Suggests security for believers against untruth and misguidance in this world and punishment in the afterlife. Assumes belief in the oneness of God, angels, prophets, revealed books, and the hereafter. Faith is a matter of free choice in Islam but is also considered a gift from God; no one is to be compelled to believe. The Quran establishes the close connection between faith and action, so that true faith manifests itself in right conduct. Believers are commanded to obey God, Muhammad, and authorities; fulfill their commitments; be truthful; perform ritual prayer, spend their wealth and struggle steadfastly to do the will of God, shun drinking, gambling, and exploitative business practices; and avoid treating people condescendingly.
Subscribe to:
Posts (Atom)