Showing posts with label IBADAH. Show all posts
Showing posts with label IBADAH. Show all posts

Friday, December 16, 2011

IHSAN SESAMA INSAN

Ihsan juga dituntut semasa bergaul sesama manusia. Tuhan menjelaskan dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud, "Buatlah ihsan sebagaimana Allah telah membuat kebaikan kepadamu. Janganlah kamu lakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan."

Berhubung dengan perintah melakukan ihsan yang terdapat dalam ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata: "Buatlah kebaikan kepada hamba-hamba Tuhan sebagaimana Tuhan berbuat baik kepada kamu." Dalam hadis yang lain yang dilaporkan oleh Imam Tabrani dan Bazzar, nabi berkata, "Mahukah aku tunjukkan tentang sesuatu yang akan menaikkan darjatmu? Bersopan santunlah dengan mereka yang tidak mempedulikanmu. Maafkanlah mereka yang menzalimimu. Berikanlah kepada mereka yang bakhil terhadapmu. Hubungilah mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan denganmu."

Antara insan yang wajib kita gauli dengan ihsan adalah ibu bapa kita. Tuhan menyatakan dalam surah al-Israk ayat 23 yang bermaksud, "Dan Tuhanmu telah memerintakan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat ihsan (iaitu kebaikan) kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Apabila salah seorang antara mereka ataupun kedua-duanya mencapai umur tua, janganlah kamu mengucapkan perkataan 'uh' kepada mereka dan janganlah kamu membentak mereka. Sebaliknya ucaplah kepada mereka ucapan yang mulia."

Konsep ihsan sesama manusia diperincikan lagi dalam surah an-Nisak ayat 36 yang bermaksud, "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan suatu apa pun. Dan berbuat ihsanlah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, rakan-rakan karib, ibnus sabil (iaitu mereka yang terputus bekalan dalam perjalanan termasuk juga anak-anak yang tidak diketahui ibu bapa mereka) dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Tuhan tidak menyukai mereka yang sombong dan yang suka membangga-banggakan diri."



Thursday, October 20, 2011

TUNJUKI KAMI JALAN KE SYURGA

Agama dengan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang umur hidup manusia. Manusia juga diharuskan untuk selalunya bermurah hati. Hanya apabila manusia dapat menjalankan segala hal-hal tersebut dengan penuh maka manusia dapat mencapai Syurga. Mungkinkah kita hidup dengan sempurna?

Berapa tekunkah kita sepatutnya menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita melakukan amal-amal soleh agar dapat masuk ke Syurga?

Oleh kerana manusia tidak akan pasti dapat masuk ke Syurga, maka banyak orang tinggal keragu-raguan, dengan kebimbangan dan kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus agar dapat mencapai Syurga.

"Tunjukilah kami jalan yang lurus...."
(Al-Fatihah: 6)

"Tunjuki kami jalan yang lurus" bererti "tunjuki kami jalan ke syurga." Inilah idaman setiap insan. Inilah cita-cita setiap manusia yang berakal.




Sunday, July 10, 2011

FAEDAH TIDUR

Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik. Di dalam sebuah hadis, diceritakan mengenai Abu Darda yang tidak mahu tidur malam, kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan. Menurut Bukhari, sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata, "Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini, beliau berkata, "Benarlah Salman."

Islam menganggap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu. Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas Nabi Muhammad berkata, "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur."




Monday, May 9, 2011

AS-HABUL A'ARAF BERADA DI ANTARA SYURGA DAN NERAKA

ItalicGOLONGAN As-Habul A'araf apabila diproses semula kedudukannya, akhirnya mereka akan dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam syurga. Mereka digelar oleh ahli-ahli syurga sebagai "ahli syurga yang miskin". HOW ENLIGHTENING!

Dalam kitab Kasyful Ulumil Akhirah itu juga diceritakan kisah seorang daripada kalangan As-Habul A'araf yang sama berat timbangan amal kebajikan dan kejahatannya, tetapi dalam penimbang di sebelah kejahatan itu terdapat satu lembar kertas catatan malaikat yang tertulis perkataan "ah". Perkataan itu dicatat oleh malaikat ketika orang itu membantah ibu bapanya.

Justeru jangan memandang kecil terhadap sepatah kata "ah" kepada ibu bapa kerana keredaan Allah SWT bergantung pada keredaan ibu bapa. Jika ibu bapa tidak reda, maka Allah Taala lebih-lebih lagi tidak reda.

Lalu Allah SWT memerintahkan malaikat supaya mengheret orang itu dan mencampakkannya ke dalam neraka. Sebaik sahaja dia hendak dilontar ke dalam nereka, dia merintih merayu kepada malaikat supaya dihantar semula berjumpa dengan Tuhan. Allah Taala memperkenankan permintaan orang itu.

Ketika dia berhadapan semula dengan Tuhan, Allah SWT pun bertanya: "Wahai manusia yang derhaka kepada ibu bapa, apakah tujuan mu hendak berjumpa dengan Aku semula?" Jawab orang itu: "Wahai Tuhanku, ketika aku diheret masuk ke dalam neraka, aku terlihat ibu bapaku juga sedang diheret ke dalam neraka. Oleh itu aku bermohon kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang supaya engkau gandakan siksaan itu kepadaku sesuai dengan dosa ku sebagai anak yang derhaka, tetapi aku memohon Kasihan Belas-Mu supaya bebaskanlah ibu bapaku daripada azab api neraka."

Tuhan berkata kepada anak derhaka itu: "Di dunia, kamu berbuat derhaka kepada ibu bapa tetapi di Akhirat ini kamu berbuat baik terhadap kedua-duanya. Jika begitu, Aku izinkan engkau memimpin tangan kedua-dua ibu bapamu masuk ke dalam syurga atas kebaikan engkau terhadap ibu bapamu di Akhirat ini, sedangkan Aku Maha Berbuat Baik kepada hamba-Ku."

Cerita-cerita seperti itu adalah perkara khusus yang dilakukan oleh Allah SWT terhadap orang tertentu daripada kalangan hamba-Nya yang terpilih di Akhirat atas sebab-sebab tertentu. Adapun peraturan dan syariat Allah di dunia adalah jelas dan tegas. Perintah wajib mesti dilaksanakan dan setiap larangan Allah SWT adalah dosa yang mesti dihindari.

Manusia mesti berpegang dengan janji Allah SWT bahawa azab Akhirat itu disebabkan dosa dan kekufuran seseorang terhadap Tuhan, begitu pula syurga itu adalah balasan terhadap orang-orang Mukmin yang patuh dan taat kepada-Nya.




PERANAN HATI YANG SEJAHTERA DI MAHSYAR

Nabi Muhammad SAW membaca firman Allah SWT dalam surah Al-A'araf ayat 8-9: "... Maka barang siapa yang berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya (beruntung). dan sesiapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang yang merugikan dirinya sendiri..."


Sikiranya antara amal baik dan amal buruk itu sama berat dalam timbangan, maka orang itu akan dihantar ke suatu tempat bernama Al-A'araf, mereka tidak akan masuk ke syurga dan tidak juga ke neraka."

Walaupun As-habul A'araf tidak dimasukkan ke dalam neraka, namum mereka amat kesal tidak berjaya memasuki syurga kerana timbangan amal baik dan amal buruk mereka sama berat. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana apabila seseorang sampai di akhirat, maka sudah berakhirlah segala usaha dan ikhtiar.

Manusia mesti mempunyai bekalan modal untuk menemui Tuhan. Ibarat orang yang ingin menjadi usahawan berjaya, antaranya mesti ada modal sama ada modal pengetahuan dan pengalaman atau modal wang ringgit. Apatah lagi untuk mencapai keuntungan di Akhirat, semestinya memerlukan modal yang besar. Modal yang utama antara manusia dengan Tuhan ialah diri mereka, iaitu "hati."

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang masyhur: "Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada seketul darah, jika baik maka baiklah seluruh jasad, jika rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa ia adalah "hati."

Ka'ab bin Akhbar meriwayatkan: "Ada dua orang sahabat karib di Akhirat, seorang daripada nya diheret oleh malaikat Zabaniah ke dalam neraka kerana timbangan amal kejahatannya lebih berat sedikit berbanding dengan amal kebaikannya. Lalu timbullah rasa belas di hati rakannya dan ingin membantunya. Disebabkan dia mempunyai lebihan satu amal kebajikan yang menyebabkan dia masuk ke syurga, maka dia menyerahkan satu kebajikan kepada rakan karibnya itu supaya terselamat daripada api neraka."

Pada saat yang begitu mencemaskan, dia masih ingin membuat kebaikan kerana dengan menyerahkan satu kebajikan dia akan dapat menolong sahabat karibnya walaupun dengan ketiadaan satu kebajikan itu menyebabkan dia tidak masuk ke syurga sebaliknya akan menjadi As-habul A'araf. Dia reda menjadi As-habul A'araf demi persahabatannya yang terjalin erat di dunia dahulu.

Meskipun tidak diketahui dari mana riwayat itu diambil oleh Kaab bin Akhbar, namun Kaab adalah sahabat Nabi SAW. Apa yang penting untuk diambil pelajaran daripada riwayat itu ialah pentingnya seseorang itu mendidik hati sehingga menjadi hati yang sejahtera (qalbun salim).

Ini kerana dengan memiliki hati yang sejahtera, mereka akan terbiasa suka hendak membantu dan monolong orang lain yang dalam kesusahan, sehingga sampai di Mahsyar pun mereka masih lagi mempunyai azam hendak membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.




Tuesday, May 3, 2011

CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN MENJADI SEORANG MUSLIMAH


ALLAH YANG MAHA PENGASIH PASTI MEMBERIKAN KEMUDAHAN

Jangan kau putus asa kerana tidak melihat jalan keluar. Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdirNya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izinNya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassallam bersabda:

"Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktunya, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya." (Hadith riwayat Ahmad)

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah. Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalan-amalan yang agung tersebut, agar engkau dapat menemui Tuhan Yang Maha Pengasih: berjalanlah sesuai dengan Al-Qur'an dan Sunnah NabiNya, nescaya engkau akan menjadi seorang muslimah sejati.


Bekalan

Apabila Kesusahan Datang Menerpa Diri dan Kecemasan Bertindih-tindih Menghimpit Anda, Ucapkanlah: Laa Ilaha Illallah

Monday, February 14, 2011

ORANG YANG BERSELAWAT MENDAPAT SYAFAAT


IMAM At-Tarmizi meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Amru bin 'Ash RA yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah SWT akan membawa seorang daripada umatku ke hadapan orang ramai di akhirat kelak untuk dibentangkan 99 sijil di hadapan mereka. Setiap keping sijil itu luasnya adalah sejauh mata memandang. Dalam setiap sijil itu ditulis segala amalannya. Kemudian Allah Taala bertanya kepada orang itu: "Adakah sesuatu catatan dalam sijil itu yang hendak kamu bantah? Adakah jurutulis (malaikat yang mencatat amal) telah menganiaya kamu? Adakah kamu berasa hendak meminta uzur (meminta maaf) daripada Aku? Jawab orang itu: Tidak wahai Tuhanku (tidak membantah dan tidak meminta uzur)".

"Tuhan berkata kepada orang itu: "Bahkan sesungguhnya Aku mendapati terdapat berapa kebaikan pada engkau, oleh itu pada hari ini aku sedikitpun tidak akan menzalimi engkau." Tuhan mengeluarkan selembar daripada sijil (catatan amal) orang itu, didapati di dalamnya mengandungi catatan kalimah: Asyhadu an-Lailaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa Rasuluhu".

"Setelah itu Allah SWT memerintahkan orang itu supaya hadir ke tempat timbangan untuk menimbang selembar kertas yang mengandungi kalimah "Lailaha illallah" itu. Orang itu bertanya kepada Tuhan: Ya Rabbi, untuk tujuan apakah lembar ini? Jawab Tuhan: "Sesungguhnya engkau tidak akan dizalimi ataupun tidak menzalimi sesiapapun."

"Kemudian Allah Taala meletakkan lembar yang bertulis kalimah "La Ilaha Illallah" ke dalam satu daripada ceper (piring) timbangan Akhirat, sementara ceper timbangan yang di sebelahnya dipenuhkan dengan 99 lembaran sijil-sijil yang diberikan kepada orang itu. Apabila ditimbang, maka lembar yang mengandungi kalimah Syahadah itu lebih berat berbanding dengan 99 sijil yang mengandungi berbagai-bagai catatan amalan yang lain".

Melalui hadis riwayat At-Tirmizi itu, dapat difahami bahawa tidak ada amalan yang lebih berat dalam timbangan Akhirat selain amalan yang berasaskan kalimah La Ilaha Illallah. Ini kerana kalimah La Ilaha Illallah itu merupakan pati atau intisari kepada sekalian amalan.

Inilah yang dikatakan "paksi ibadat" dalam kehidupan orang-orang yang beriman, sama ada ibadat fardu seperti solat fardu, ataupun sedang lena tidur, ataupun ibadat dalam bentuk berjihad dengan harta benda, tenaga dan jiwa raga untuk menegakkan Islam, supaya Islam terlaksana di dalam negara. Berdakwah, mengajar atau mengadakan kuliah agama untuk menghapuskan kejahilan umat, kesemua itu tidak lain adalah semata-mata kerana tuntutan kalimah "Lailaha illallah".

Tidak mudah untuk seseorang bangun malam, untuk menunaikan solat tahajud. Begitu juga tidak mudah bagi seseorang hendak berjihad dengan mengorbankan harta kekayaan, menggunakan masa sepenuhnya untuk perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini, sehingga terkorban jiwa kalaulah tidak disebabkan keyakinan terhadap tuntutan kelimah"La Ilaha Illallah" itu.

Manusia tidak gerun dengan ancaman dan gertakan orang-orang yang membenci agama Allah, tidak menghiraukan rasa letih dan mengantuk untuk bangun malam menunaikan solat tahajud dan bermunajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya tidak ada yang menggerunkan dan melemahkan semangat seseorang apabila mereka yakin terhadap tuntutan kalimah "La Ilaha Illallah".

Sikap, pendirian serta seluruh tindakan orang-orang Mukmin itu tidak lain kerana kehendak atau tuntutan kalimah "La Illaha Illallah". Justeru apabila ia ditimbang dalam timbangan Akhirat kelak, timbangannya lebih berat daripada catatan amalan yang lain.

Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda: "Apabila ringan timbangan kebajikan seorang Mukmin, maka ketika itu datanglah syafaat daripada Nabi SAW. Baginda akan mengeluarkan selambar kertas yang kecil selebar jari dan mencapakkannya ke dalam piring timbangan disebelah kanan, ketika itu akan beratlah timbangan kebajikan orang itu".

"Maka terkejut besarlah orang Mukmin ini apabila seseorang yang tidak dikenali mencampakkan secebis kertas itu sehingga menyebabkan berat timbangan kebajikannya. Amat besar rasa kesyukuran orang itu apabila timbangan kebajikan tiba-tiba menjadi berat".

"Setelah dia memuji-muji orang yang menyebabkan timbangan kebajikannya menjadi berat, lalu dia bertanya: Siapakah Tuan yang bermurah hati ini? Jawab orang itu: Sesungguhnya akulah Nabi Muhammad yang selalu engkau sebut-sebut dalam selawatmu dan juga dalam solatmu".

"Adapun kertas kecil yang aku letakkan ke dalam ceper timbangan ini ialah catatan selawat yang sering engkau selawatkan kepadaku. Sekarang aku mengenang balik segala selawat yang selalu engkau ucapkan kepadaku, dengan mengembalikan catatan selawat itu kepadamu ketika kamu sangat memerlukannya".

Justeru, orang Mukmin sewajarnya membanyakkan selawat ke atas Nabi SAW pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, lebih lebih lagi pada hari Jumaat dan malamnya kerana fadilatnya lebih besar lagi. Amalan selawat ke atas Nabi SAW merupakan suatu amalan yang berat dalam timbangan Akhirat, hampir sama beratnya dengan amalan yang berasaskan tuntutan kalimah"La ilaha Illallah".

Sebuah hadis daripada Malik bin Anas dan Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menunaikan hajat saudaranya di dunia ini, nescaya aku akan berdiri dekat dengan tempat amalan dia ditimbang. Jika timbangan kebajikan lebih berat maka berbahagialah dia, tetapi jika timbangan kebajikan ringan nescaya aku memberikan syafaat kepadanya."

Tidak mudah untuk mendapatkan pertolongan ketika berada di Mahsyar. Susah-payah di dunia ini mungkin ramai orang yang boleh menolong tetapi jika kesusahan itu berlaku ketika amalan mereka ditimbang dan mendapati kebajikannya ringan ketika dalam timbangan, maka siapakah yang dapat menolong ketika itu jika tidak mendapat syafaat daripada Nabi SAW?




Wednesday, January 19, 2011

LIVING IN HARMONY ....


EXCERPT FROM SURAH 5 * Al-Ma'idah

Religion is a serious matter and has to be treated with dignity and respect. It is difficult to see how anyone who does not show such respect can be treated as a friend or an ally.

Islam is a tolerate and accommodating religion, and when it comes to religious conviction and matters of belief it specifically forbids coercion and compulsion. Muslims are permitted to go into business and trade partnerships with non-Muslims on the basis of mutual honesty and trust. Muslim men are permitted to marry non-Muslim women and raise families built on mutual love and affection. Positive and constructive interreligious dealings and cooperation in all fields are to be encouraged to avoid intercommunal strife and promote tolerance, trust, and respect among all people. Islam has clearly defined the circumstances in which Muslims can shun followers of other religions or boycott them, because differences between various religions are inevitable. Nevertheless, Muslims are also taught to respect their religion and reflect that respect in dealing with others on an equal basis. That should not be very difficult, except for some, such as those fanatics who consider other people inferior to themselves, or bigoted agnostics and cynics who cannot tolerate people with convictions and strong beliefs different from their own.

One of the basic teachings of Islam is to love or hate for God's sake; love that is pure and unselfish and a rejection that is free of malice and injustice and bears no grudges towards those who are rejected. Islam also teaches forbearance and the need to overlook the minor mistakes of others and their shortcomings, while being firm and severe when the situation demands it.




KEKUATAN SEDEKAH DALAM MEMANJANGKAN UMUR DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT


Pada pandangan kita sebagai orang Islam, sedekah adalah amal kebajikan. Orang yang bersedekah umpama orang yang menanam benih kebajikan. Pada hari akhirat kelak, orang yang bersedekah itu pasti merasa buah ataupun hasil daripada amalan sedekahnya di dunia ini. Dengan demikian, hari-hari yang kita lalui dalam kehidupan di dunia adalah hari-hari bagi beramal yang tiada batasannya kecuali kematian.

Nabi Muhammad pernah berkata, ada tujuh orang yang mendapat naungan Allah pada hari yang tidak terdapat naungan kecuali naungannya iaitu hari kiamat. Tujuh orang itu adalah:

* Raja yang adil.

* Pemuda yang rajin beribadah pada Allah.

* Orang yang hatinya selalu berpaut pada masjid.

* Dua orang yang saling menyayangi semata-mata kerana Allah, bukan kerana dunia. Mereka bersama dan berpisah kerana Allah.

* Orang yang digoda oleh wanita cantik dan berkata "Aku takut pada Allah."

* Orang yang bersedekah dengan bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

* Orang yang mengingati Allah dalam kesunyian hingga menitiskan air mata.

Walaupun Nabi Muhammad melalui kata-kata beliau menunjukkan sedekah itu dapat memanjangkan umur, pada hakikatnya kita melihat tidak semua daripada kita, keluarga kita, saudara mara kita dan masyarakat di sekitar kita benar-benar mengamalkan sedekah sesuai dengan ciri-ciri yang perlu ada padanya.

Kita perlu memahami, sedekah adalah doa sekali gus amalan yang konkrit. Jadi, kekuatan yang terkandung dalam sedekah adalah lebih dahsyat daripada kekuatan yang terkandung dalam doa.

Berkenaan doa, beberapa penyelidik dan pengulas yang mengkaji doa dalam penyembuhan penyakit mempunyai bukti yang menyokong penemuan mereka. Stanley Krippner, pengarah pasca sarjana di Institut Saybrook di San Francisco adalah salah seorang penyelidik terkemuka dalam bidang kaedah penyembuhan yang menyimpang daripada kaedah biasa yang digunakan di dunia. Beliau mengatakan:

"Selepas meninjau secara mendalam, saya dapat menyimpulkan data penelitian berkenaan penyembuhan yang menggunakan doa jarak jauh. Ia memberikan harapan tetapi ia masih tidak mampu menghasilkan kesimpulan yang kuat .... Apabila kesan penyembuhan doa itu memang kuat, kesan itu perlu dapat diulang oleh para penyelidik lain tetapi hingga ke hari ini, data penelitian berkenaan penyembuhan jarak jauh belum menunjukkan pola yang berulang...."

Ahli psikologi, Lawrence LeSham banyak mengkaji penyembuhan jarak jauh berbanding orang lain. Selama beberapa dasawarsa, LeSham meneliti para penyembuh yang mempunyai kekuatan batin. Sebahagian besar daripada mereka menggunakan doa. Memang di tanah air kita sendiri, ramai orang yang menggunakan amalan penyembuhan menggunakan doa. Mungkin di setiap bandar di negara ini ada orang yang membuka pusat penyembuhan menggunakan kekuatan doa. Oleh itu, ia adalah fakta yang diperakui ramai. Apabila doa dapat menyebuhkan penyakit, bagaimana pula dengan sedekah?

Sedekah adalah pemberian yang dilakukan secara sukarela, ikhlas ataupun tanpa mengharapkan balasan. Ia adalah tindakan yang semata-mata dilakukan kerana mengharapkan keredaan Allah. Ia memiliki nilai sosial iaitu menolong orang lain yang sedang mengalami kesusahan.

Orang yang bersedekah memiliki rasa kasih sayang kepada orang lain. Ini adalah sesuatu yang pasti. Orang seperti ini mempunyai empati spiritual. Maksudnya, dia merasa sedih dan terluka apabila melihat orang lain dalam kesusahan sedangkan dia mampu memberikan bantuan. Dia merasa tenang dan bahagia apabila dapat memberikan bantuan kepada orang lain yang memerlukan. Dengan demikian, sedekah menenangkan dan membahagiakan jiwa. Kebahagiaan jiwa itulah kuncinya.

Jiwa yang bahagia adalah jiwa yang jauh daripada penyakit. Jiwa seperti ini tidak mudah dihinggapi penyakit. Penyelidikan terbaru menunjukkan, semua penyakit itu berkaitan dengan fikiran dan saya mahu menambah, semua penyakit itu juga berkaitan dengan hati. Jiwa yang bahagia melahirkan hati dan fikiran yang bahagia. Dengan itu, penyakit turut tercegah ataupun sembuh apabila jiwa menjadi bahagia.

Itulah sebab sedekah dapat menyembuhkan ataupun mencegah datangnya penyakit. Ternyata, sedekah adalah salah satu cara yang dapat memberi kesejahteraan jiwa orang yang memberinya. Perbahasan yang sama juga boleh digunakan bagi menjelaskan hubungan antara sedekah dan umur yang panjang.

Demikianlah kajian singkat dalam bab ini yang mudah-mudahan dapat menjadi renungan untuk kita semua. Sesungguhnya, kebenaran sejati hanya milik Allah.




Saturday, November 20, 2010

TREADING THE MIDDLE PATH SAVES ONE FROM DESTRUCTION


'Abdullah ibn Mas'ood (may Allah be pleased with him) reported that he heard the Messenger of Allah (bpuh) say:

"Whoever transforms all of his concerns into one concern only - concern for the Hereafter - Allah will satisfy his demands and needs in this life. As for he who devotes his concerns to worldly matters, Allah will not care in which valley he perishes."

There are two factors that help one lead a happy life:

1. Moderation in anger.

2. Moderation in fulfilling one's desires.

One has to be moderate in fulfilling his desires, lest his desires and lusts increase to the point of constantly seeking to be satisfied, an outcome that will lead to his destruction. The same can be said about anger, for it too can lead to destruction.

What is required in all affairs is moderation. Strength, when in excess, makes violence and killing easy. And yet if there is a shortage of it, one will not be able to defend oneself against transgressors. But when one uses strength moderately, he can display the qualities of patience, bravery, and wisdom, each in its proper place and time. The same goes for desire; if there is too much of it, then wickedness and licentiousness will prevail; if there is too little of it, then one will become weak. However, if it is present in due moderation, one will achieve both chastity and satisfaction.

"Upon you is to follow the guidance of moderation."

"Thus We have made you a middle nation, so that you may bear witness over all humanity, and the Messenger (Muhammad) shall in turn bear witness over you". Surah 2 - Al-Baqarah (143)


ADDENDUM

Attention is drawn to the historic phenomenon that nations which attain ascendancy and supremacy usually display arrogance and conceit, and look down upon other weaker nations. Today's domineering vain-glorious civilization, which has encompassed both east and west, is a vivid living example - a culture of decadence and gross injustice thriving on the great achievements and glory of a genius elite who have split the atom and made inroads into outer space. When the Muslims were a leading nation, however, and at the height of their achievement, they were overwhelmed by a sense of submission to God and a need for His support and guidance. They have always sought God's forgiveness and looked up to His grace, praying:

Our Lord, do not take us to task if we forget or make mistakes,
Our Lord, do not lay upon us a burden such as You had laid upon those before us,
Our Lord, do not burden us with more than what we can bear.
Pardon us, forgive us our sins, and have mercy upon us.
You are our Lord,
Grant us victory over the unbelievers.

Surah 2 - Al - Baqarah (286)




SHARING IS CARING ........


Specially for MiSsSweEt,

Thank you for your participation and comments: "PAUSE TO REFLECT" posted on Wednesday, 10 November 2010.

I agree with your first paragraph. Behind calamities there is a "hikmah" - blessing, which we cannot see, but it will surface later on, with patience and prayers. And when this happens, the feeling is "nikmat" - a good, sweet feeling, which ALLAH bequeath on His "umat".

I tried to reply on the comment page but unsuccessful. In this connection, your comments will take notice by all readers. Thank you for starting the ball rolling.

With all best wishes

AISHAH SAID

Wednesday, November 10, 2010

PAUSE TO REFLECT....


WHEN SOMEONE REALLY REALLY HURTS OUR FEELINGS: TAKE HEED PROPHET MUHAMMAD (BPUH) SAID:

"Don't curse others and don't hit others with your hand. If someone were to curse you regarding something that he knows about you, don't curse him regarding something that you know about him. And don't disparage any kind of good deed, even if that deed consisted of pouring some water from your bucket into the container of the one who seeks drink."

DO NOT DELAY WHEN IT COMES TO DOING GOOD AND RIGHTEOUS DEEDS


A STORY....

At-Tanookhi gave the account of a governor in Bagdad who usurped the wealth of an old lady in his province. He took away all of her rights and confiscated her property. She went to him, wept before him, and complained of his oppression and wrongdoing. He was neither regretful nor ashamed of what he had done. In a fit of anger, she said, "I will pray against you." He laughed at her in mockery and said, "Then you should pray in th last third of the night." His arrogance had made him say this to her. She went away, and in accordance with the governor's mock-advice she was steadfast in praying during the last third of the night. It was only a matter of days before he was violently removed from office. As a reward for his tyranny, his properties were seized and he was publicly whipped. After the whipping, the old lady passed by him and said, "You did well! You advised me to pray in the last third of the night and I found the results to be most favourable."

The last third of the night is a very precious time in our lives.
Why? During this time, Allah, the Exalted, says:

"Is there someone who is asking, and I will give to him.
Is there someone who is seeking forgiveness, and I will forgive him.
Is there someone who is supplicating, and I will answer him."

An Arab poet said:

"How often do we ask Allah, when we become afflicted?
But when our troubles leave us, we forget Him,
When in the ocean, we invoke Him to save our ship,
When we return safely to land, we disobey Him,
We fly in the sky in safety and comfort
And we don't fall because our protector is ALLAH."



"SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA"





Monday, November 8, 2010

I'M BACK! HORMAT: JANGAN SAMPAI MENGHINA DIRI


ISLAM menggalakkan umatnya menghormati para ulama, orang- orang yang soleh iaitu orang-orang yang mendapat kelebihan daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW melarang perbuatan menghormati orang-orang yang sombong dan takbur. Orang yang takbur tidak wajar dihormati. Sesuai dengan amaran baginda: "Barangsiapa yang suka dan mengharap orang lain bangun menghormati dirinya, bererti dia telah menempah tempat duduknya di dalam neraka."

Menghormati dan memuliakan ulama dan orang yang soleh adalah wajar, kerana para ulama dan pewaris perjuangan para nabi. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka kepada agama, wajarlah penghormatan itu kepada mereka. Para ulama dan orang-orang yang soleh tidak pernah mengharap supaya diri mereka disanjung dan dihormati, kerana ia bercanggah dengan sifat tawaduk yang ada pada diri mereka. Apa yang dilakukan oleh para ulama adalah kewajiban yang mesti dilaksanakan terhadap agama. Lantaran khidmat para ulama yang ikhlas itu, orang ramai dengan senang hati menghormati mereka tanpa didorong ataupun dirancang oleh mana-mana pihak. Hormat semata-mata kerana rasa sayang terhadap orang yang sewajarnya dimuliakan.

Individu bagaimanakah yang harus dihormati dan yang ditegah menghormatinya. Hendak menghormati orang-orang yang soleh, tidak perlu sebarang usaha dan protokol. Hormat kepada seorang yang telah menabur bakti kepada agama, berlaku secara spontan. Sifat tawaduk adalah antara ciri-ciri orang yang soleh. Jika ada orang bangun menghormati kehadirannya, orang yang soleh itu pasti tidak merasa gembira dengan penghormatan itu, kerana ia bukan suatu keperluan.

Sebaliknya orang yang soleh itu akan sentiasa menawarkan bantuan terhadap orang lain yang memerlukan. Semestinya orang yang soleh dan para ulama itu berperanan sebagai pengajar ataupun jurunasihat dengan ikhlas. Orang yang soleh semestinya bersifat tawaduk, mereka sentiasa terbuka untuk menerima teguran. Kerana sebagai manusia mereka juga tidak sunyi daripada kelemahan. Kemungkinan berlaku kesilapan ataupun kesalahan di luar kesedaran mereka.

Inilah cara hidup orang soleh yang sentiasa merendah diri terhadap saudara mereka, tidak terbuka hati untuk mengharapkan penghormatan ataupun sanjungan daripada orang lain. Seperkara lagi yang diperlu difahami, walaupun Islam menggalakkan supaya menghormati orang alim dan orang-orang yang soleh, namum dalam perkara hormat menghormati itu ada batasannya. Hormat sesama manusia hendaklah penuh waspada, jangan melampaui batas yang digariskan oleh syariat.





Monday, October 25, 2010

TIDAK MEMINTA KEPADA ORANG LAIN


Wahai saudaraku yang mulia dan menjaga diri, alangkah mulianya engkau jika engkau tidak meminta bantuan kepada orang lain, dan engkau hanya meminta pertolongan kepada Tuhanmu sehingga engkau memenuhi segala keinginanmu dengan dirimu sendiri, kerana engkau tidak rela mendapat kehinaan. Dirimu cukup mulia dan kuat, dan engkau tidak boleh meminta pertolongan kepada selain Allah. Adakah orang lain yang seperti itu? Engkau menjaga harga diri, iman, dan kehortmatan tidak engkau tukar dengan kerendahan dan kehinaan.


Dijamin masuk syurga

Tsauban r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang sanggup menjamin bagiku satu perkara maka aku menjamin baginya akan dimasukkan ke dalam syurga iaitu, tidak meminta pertolongan apa pun kepada orang lain.

(H.R. Nasa'i)

Marilah kita membuat azam untuk tidak bersandar kepada orang lain dan tidak meminta kecuali kalau keadaan terpaksa. Dalam hadis lain dikatakan bahawa orang yang suka meminta sedekah kepada orang lain akan dibangkitkan di padang mahsyar nanti mukanya seperti tengkorak dan tidak mempunyai daging. Dan orang yang sanggup menahan diri untuk tidak meminta bantuan kepada orang lain dijanjikan masuk syurga seperti hadis di atas.

Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku tidak meminta pertolongan apa pun kepada orang lain, maka aku akan menjamin baginya akan dimasukkan ke syurga. "Kemudian Tsauban berkata: "Aku sanggup ya Rasulullah. "Maka dia adalah seorang yang tidak pernah meminta pertolongan apa pun kepada orang lain.

Wednesday, September 8, 2010

SURAH 97 AL-QADR (POWER)


REVELATION BEGAN ON a night known as laylat al-qadr - the night of glory and splendour. There is no agreement on the exact date of this night, but it is taken to fall in the last ten nights of Ramadhan, the ninth month in the Muslim calendar. Since this is a lunar calendar, the birth of the new moon, marking the beginning of each month, varies throughout the year, making it difficult to determine exactly on which night laylat al-qadr actually falls. Muslims wishing to offer additional voluntary prayers on that night are urged to do so every night during the last half or third of the month of Ramadan.

The beginning of the revelation of the Qur'an to mankind was undoubtedly a most auspicious event that should be commemorated with prayer and devotion. The Qur'an is God's own word and final revelation to mankind. It is a gift and a blessing to the world, as attested by the words:

Would that you knew what the Night of Power is! It is better than a thousand months. Hosts of angels and the Spirit (the Archangel Gabriel) are dispatched on that night by their Lord's leave with decrees for all manner of purpose. (2-4)

Elsewhere in the Qur'an, laylat al-qadr is described as the night on which "the fate and destiny of all creatures are carefully determined by Our commandments. We send messengers as a blessing from your Lord" (al-Dukhan: 4-6)

The Qur'an contains all the principles, rules, teachings, and guidelines necessary for the organisation of human life and behaviour in this world. It is the only source of inspiration and true guidance. A cursory comparison between the Qur'an and other allegedly divinely-revealed books available today would bear this out.

The night the Qur'an was sent down was also a night of peace, one of Islam's main objectives in this world. But peace can only be attained when justice is established on earth.



DEAREST ALL,


"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"


AISHAH SAID


Friday, August 27, 2010

MUSAFIR YANG BERTEDUH DI BAWAH POHON RENDANG


ABDULLAH bin Mas'ud RA, seorang sahabat yang juga murid setia Rasulullah SAW sentiasa berada di sisi baginda. Abdullah meneliti dan mencatat setiap yang diucapkan oleh Rasulullah SAW serta mengambil pengajaran daripada setiap perbuatan baginda. Demikianlah caranya beliau menimba ilmu.

Suatu ketika, Abdullah melihat Rasulullah SAW sedang berbaring. Apabila baginda bangun dari tempat pembaringannya, beliau terlihat ada kesan jalur-jalur tikar di belakang Nabi SAW kerana tikar itu diperbuat daripada daun kurma yang kasar, maka kesan tikar itu amatlah ketara. Timbullah rasa belas kasihan di hati Abdullah bin Mas'ud.

Berkata Ibnu Mas'ud: "Ya Rasulullah sekiranya kamu perintahkan aku untuk mencari sebidang hamparan yang lembut nescaya aku akan berusaha untuk mendapatkannya."

Akan tetapi Rasulullah SAW bersabda:
"Bagiku, berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar untuk berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan."

Hadis Nabi SAW itu adalah suatu peringatan terhadap manusia. Bahawa kesempatan yang diberikan kepada manusia untuk hidup di dunia ini bukanlah kekal buat selama-lamanya. Sebaliknya, dunia hanyalah tempat persinggahan untuk membuat persiapan, mencari bekalan bagi menghadapi suatu penghidupan yang abadi di Akhirat kelak.

Inilah hakikat yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya, bahawa kehidupan di dunia ini ibarat singgah berteduh di bawah sepohon kayu ketika hari panas untuk sekadar berteduh bagi menghilangkan letih atau singgah mencari bekalan. Setelah badan kembali segar selepas berehat, seharusnya mereka tidak lalai untuk meneruskan perjalanan.

Contoh yang diberi oleh Nabi SAW tentang kehidupan di dunia ini amat mudah difahami. Meskipun Nabi menyebut ibarat singgah sejenak berteduh di bawah pohon yang rendang, tetapi kadang kala manusia menjadi asyik dan terlena, apatah lagi jika pohon tempat berteduh itu sedang berbuah lebat dan ranum. Berehat sambil makan buah-buah, serta hembusan bayu yang nyaman, sungguh mengasyikkan.

Walaupun disebut singgah hanya sekejab, namun tempoh masa itu bergantung pada umur manusia, lazimnya antara sekitar 60 tahun, iaitu sekitar usia Rasulullah SAW. Jika dibandingkan dengan usia dunia, tentulah tidak lama, apatah lagi jika dibandingkan dengan kehidupan di Akhirat yang ukuran seharinya bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Maka kehidupan yang disebut singgah sebentar di dunia itu hanyalah satu detik yang amat singkat.

Masa yang sangat singkat itu adalah suatu kesempatan yang mesti dihargai. Jika kesempatan itu tidak diisi sepenuhnya untuk menyediakan bekalan kerana dilalaikan oleh kenikmatan mata benda yang tidak seberapa, maka kesempatan kedua tidak akan ada lagi.

Manusia yang dilalaikan dengan kehidupan dunia akan menghadapi penyesalan yang tidak berkesudahan. Di dalam Al-Quran ia digambarkan:

"Ya Tuhan kami. Kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia, kami akan mengerjakan amal yang soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."
(As-Sajadah: 12)

Demikianlah penyesalan orang-orang yang lalai terhadap peranan mereka di dunia ini. Mereka cuba memohon kepada Tuhan agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal yang soleh, selepas mereka melihat dengan mata kepala sendiri datangnya hari Akhirat, seperti yang dikhabarkan oleh para Rasul semasa di dunia dahulu.

Ad-dunya darul amal atau dunia tempat melakukan segala amal atau kerja dan setiap amalan menurut apa yang telah digariskan oleh para Rasul AS. Dengan adanya para Rasul bagi setiap umat bererti manusia telah dibekalkan dengan segala keperluan. Bekalannya ialah akal, ilmu, akidah, harta dunia, masa dan tubuh badan.

Manusia mesti beramal atau bekerja bagi menyediakan bekalan hari Akhirat. Bekalan itu bukanlah sekadar ibadah solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya, tetapi sebarang urusan yang melibatkan harta dunia seperti bertani, berniaga, menjadi nelayan atau usahawan, pengurus serta pentadbir dan seumpamanya. Semuanya akan menjadi urusan Akhirat jika dilakukan mengikut garis yang ditetapkan oleh syariat.

Visi Akhirat bagi manusia bukan sekadar menghubungan diri dengan Allah SWT melalui ibadat-ibadat yang khusus, tetapi juga mesti melakukan perhubungan sesama manusia, sama ada dalam urusan muamalah atau pun dalam urusan kemasyarakatan, kenegaraan dan lain-lain. Ia merupakan kepelbagaian dalam menyediakan bekalan Akhirat untuk menempuh suatu perjalanan yang jauh. Oleh itu bekalan juga harus berpadannan.

Jika hidup di dunia dalam masa yang singkat ibarat berteduh di bawah pohon, manusia mesti menggunakan segala peluang yang ada. Masa yang begitu singkat mesti digunakan semaksimum mungkin bagi membina kepakaran dan kesungguhan dengan menggunakan modal yang ada, iaitu ilmu, akal, tenaga, tubuh badan, harta dunia, akidah dan syariah dan lain-lain bagi menjamin bekalan Akhirat dapat dipenuhi.

Demikianlah hakikat dunia yang disebut sebagai ad-dunya darul amal, wal-akhiratu darul jaza' - dunia sebagai gelanggang melakukan amal dan segala gerak kerja, sementara Akhirat itu adalah negara untuk menerima pembalasan. Jika di dunia yang singkat waktunya ini, kita terlalai dengan kenikmatan yang sementara, dibimbangi jika penyesalan bakal menunggu di Akhirat.




Tuesday, August 24, 2010

SYURGA YANG MENANTI


SYURGA. Di sanalah destinasi yang dijanjikan. Di sanalah pengakhiran segalanya. Pengakhiran dari segala perjuangan. Termasuk perjuangan pada bulan suci ini bagi hamba-hamba yang diredai Allah SWT.

Pada suatu hari Abu Amamah RA bertanya kepada Rasulullah SAW tentang amal yang melayakkanya masuk ke dalam syurga.

"Berpuasalah, kerana itu amalan yang tiada bandingannya," Rasulullah SAW menjawab.

HR. Nasa'i, Ibnu Hibban dan al-Hakim dan sanadnya adalah sahih

Semenjak hari itu, Abu Umamah RA bukan sahaja berpuasa pada bulan wajib, tetapi juga hari-hari biasa. Hampir tidak kelihatan asap yang berkepul sehingga tetangganya makruf jika asap berkepul di rumahnya bererti ada tamu yang sedang dijamunya.

Hanya untuk orang-orang yang berpuasa dengan tekun disediakan untuknya pintu khusus di syurga yang digelar Ar-Rayyan. Apabila pintu dibuka, kemudian seseorang menyeru mereka yang berpuasa di dunia. Setelah semua orang yang berpuasa masuk melalui pintu itu, maka pintu itu ditutup dan tidak dibuka untuk selamanya. Berbahagialah mereka yang berjaya memasuki pintu itu untuk berbahagia di syurga yang kekal untuk selamanya. Ya, selamanya!

Seluruh keutamaan itu, hanya ada dalam satu bulan ini. Telah berlalu beberapa hari, dan tidak pernah kita ketahui masih berbaki berapa harilah yang akan kita temui. Maka, tidak ada peluang lagi kecuali, kesempatan hari ini. Sedang esok dan lusa, hanya kepada Allah SWT kita mengharap. Semoga ini bukan Ramadan terakhir bagi kita. Kerana kita tidak tahu, sama ada Ramadan ini benar-benar Ramadan terakhir bagi kita?



RAMADHAN - BULAN KESIHATAN


"Berpuasalah agar kamu sihat," (tahqiqkan hadis)

Al-Maqasid al-Hasanah: 1/28. Kanz al-'Ummah: 23605. Didaifkan Albani dalam kitab Al-Silsilah ad-Doifah: 253

Begitulah pesan Rasulullah SAW. Sebahagian ulama menganggap hadis ini boleh digunakan sebagai dalil, lemah. Tetapi secara kajian perubatan ternyata para doktor mengakui manfaat berpuasa.

Puasa ertinya merehatkan perut kita. Istirehat diperlukan oleh sesiapa sahaja termasuk, organ perut. Memacunya tanpa henti bermakna mempercepatkan kerosakan organ perut yang digunakan setiap saat. Selain itu, berpuasa menghilangkan semua komponen, xenobikotik, (benda asing) yang dapat menimbulkan penyakit.

Secara mental, ini adalah saat yang baik untuk merenungkan kembali, tentang segala penyakit social dan moral yang menjangkiti diri kita. Ini saat yang tepat untuk memperbaiki diri. Tidak ada yang paling merugikan daripada orang yang tidak dapat mengubah dirinya pada bulan mulia sebagai latihan menguatkan diri. Perjalanan menuju kebaikan itu tidak cukup sampai di sini, kerana itu bermohonlah kepada Allah agar ini bukan Ramadan yang terakhir buat kita.

Wednesday, July 28, 2010

MASUK SYURGA

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang mati dalam keadaan bersih daripada tiga perkara akan masuk syurga, iaitu sombong, berhutang dan menipu





Sombong ertinya merasa hebat. Merasa pintar, merasa kaya, merasa kuat, merasa cantik dan sebagainya. Orang sombong biasanya meremehkan orang lain. Menurut ilmu tasauf, kalau kita merasa lebih hebat dari orang lain sudah termasuk takbur atau sombong.

Namun barangkali berat menghindarinya. Kalau timbul perasaan seperti itu, hendaklah kita ingat siapa yang memberi kelebihan itu kepada kita dan hendaklah diikuti dengan perasaan syukur. Janganlah bersifat takbur atau sombong kerana dapat menghalang kita untuk masuk syurga.

Hutang juga menyebabkan seseorang tidak masuk syurga. Kata Nabi orang yang mati syahid pun tidak masuk syurga kalau dia meninggalkan hutang dan dia memang sudah bertekad tidak membayarnya. Rasulullah dahulu tidak mahu menyembahyangkan jenazah sebelum ada orang yang sanggup membayar hutangnya.

Dari Abu Hurairah, beliau berkata: "Bahawa seorang lelaki yang meninggal dunia didatangkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah bertanya, apakah dia ada meninggalkan harta untuk membayarnya, maka beliau akan melaksanakan jenazah itu. Jika tidak, maka beliau akan berkata kepada kaum muslimin: "Solatkanlah kawan kamu ini."

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. tidak mahu menyembahyangkan orang yang mati meninggalkan hutang. Beliau hanya menyuruh para sahabat untuk menyembahyang jenazah itu.

Jadi, kalau ada orang yang meninggal dunia dan meninggalkan harta, maka hartanya itu diambil untuk menguruskan jenazahnya, untuk membayar hutangnya dan juga melaksanakan wasiatnya. Ini menunjukkan pentingnya membayar hutang.

Menipu juga menyebabkan seseorang tidak masuk syurga. Mengapa begitu besar dosa menipu, kerana orang yang ditipu biasanya sangat terluka hatinya.

Berdasarkan hadis ini siapa yang bersih daripada tiga perkara, seperti disebutkan dalam hadis di atas, akan masuk syurga. Namun ada lagi hadis lain yang mengatakan penyebab tidak masuk syurga. Misalnya derhaka kepada ibu bapa, mengadu domba dan sebagainya. Hadis di atas sekadar menunjukkan betapa besar dosa yang tiga perkara itu.



Tuesday, July 27, 2010

POHON KURMA DI SYURGA

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang membaca Subhanallahil Azimi Wa Bihamdih, ditanam baginya sebatang kurma di syurga.



Dunia adalah tempat bercucuk tanam sedangkan akhirat adalah tempat menuai hasil. Maksudnya dunia adalah tempat mengabdi kepada Allah, tempat mengumpul amal (pahala) sebanyak-banyaknya dan di akhirat nanti kita akan menerima ganjarannya. Ada jenis zikir yang apabila dibaca bererti kita telah menanam pokok di syurga.

Seperti zikir yang disebutkan dalam hadis ini hendaklah dibaca banyak-banyak supaya banyak tanam-tanaman kita, khususnya kurma di syurga. Zikir ini boleh dibaca ketika duduk iktikaf di masjid sambil menunggu masuknya waktu solat, boleh dibaca sambil duduk-duduk di rumah, dibaca di atas kenderaan dan sebagainya.